10 Koleksi Rekaan Tudung Fazura Merdeka Edition Yang Dapat Sambutan Hebat

Jualan koleksi Merdeka Tudung Fazura yang baharu sahaja dilancarkan telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.



Dalam satu posting yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @tudungfazura, kesemua koleksi tudung berkenaan udah pun habis dijual.
 
Kampung Kita

Rekaan ini adalah sebagai tanda ingatan kepada kampung kita yang disayangi, sebagai pengubat rindu setelah sekian lama tak dapat pulang ke kampung. Semoga kita semua dapat pulang ke kampung halaman tak lama lagi.. Aminnn 🤲🏼💖



Tawakkal

Rekaan ini bermotifkan tulisan jawi yang mempamerkan tiga perkataan kegemaran Faz iaitu Sabar, Redha dan Tawakkal.


Langit Pertiwi

Rekaan ini merupakan penghormatan istimewa buat Malaysia Airlines yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia, dan sangat dekat di hati Faz dan seluruh rakyat Malaysia.


Seri Bunga

Rekaan ini bermotifkan corak bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan negara kita. Warna bunganya yang merah melambangkan keberanian, kegembiraan dan gilang-gemilang.


Wira Negara

Rekaan ini merupakan penghormatan istimewa buat semua petugas barisan hadapan yang telah banyak berjasa dan berkorban sepanjang pandemik Covid-19.

Terima kasih Wira Negara! 🇲🇾


Sulaman Setia

Rekaan ini bermotifkan corak tenunan songket tradisional masyarakat Melayu, khususnya di bahagian Pantai Timur Semenanjung dan negeri Sarawak.


Cakna Malaysia

Rekaan yang bermotifkan daun pisang ini dinspirasikan dari warna-warna rasmi Jalur Gemilang. Ia juga sinonim dengan kawasan tropika di negara kita yang banyak menggunakannya dalam penyediaan makanan seperti kuih-muih.



Nostalgia Merdeka

Rekaan ini bermotifkan corak bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan negara kita.


Kota Hatiku

Rekaan ini merupakan penghormatan istimewa buat Kuala Lumpur, kota yang terbesar di Malaysia.


Jiwa Merdeka

Rekaan yang bermotifkan celoreng ini adalah sebagai tanda penghormatan kepada perajurit tanahair negara. Warna merah jambu menandakan dalam kelembutan adanya ketegasan.


Harga : RM27
Material : High Quality Japanese Cotton Voile
Saiz : Bidang 46

80,000 Tudung Fazura sold out dalam masa 2 jam.. Catat jualan lebih RM2 juta... Murahjer RM27 sehelai..

Kredit : tudungfazura

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post