Syarikat rakaman COF Music dengan bangganya memperkenalkan buat julung kalinya program realiti pertama secara dalam talian iaitu COF LOCKSTAR.
Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim selaku penganjur berkata, COF LOCKSTAR bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat dan kualiti.
“Apa saya boleh katakan, ini program realiti pertama yang sepenuhnya dibuat secara virtual atau dalam talian. Sudah tentu memberikan cabaran tersendiri pada pasukan produksi terutama dari segi nak mencari kualiti peserta.
“Ada lebih 2,000 video yang dihantar di mana semua perlu dinilai terlebih dahulu oleh juri profesional sebelum memilih 12 yang terbaik. Daripada jumlah itu, lima atau enam peserta akan berentap pada peringkat akhir iaitu pada minggu kelima. Selebihnya akan melalui proses penyingkiran dari minggu pertama sehingga empat,” katanya.
Menurut Aman, misi mencari bakat baharu yang segar bakal tercapai apabila 12 peserta yang terpilih itu bukan dalam kalangan artis atau penyanyi sedia ada.
Malah, baginya ia satu cabaran besar buat dia dan seluruh pasukan dalam menjayakan program realiti ini kerana sepenuhnya diadakan secara dalam talian.
“Daripada 2,000 video itu, ada juga artis yang hantar. Namun begitu, disebabkan mereka terikat kontrak dengan syarikat rakaman, jadi kita tak boleh terima. Sebab antara syarat penyertaan adalah bergerak sendiri.
“Jadi, 12 peserta yang terpilih ini memang semua segar, wajah baharu tapi mempunyai bakat luar biasa. Dalam masa sama, kebanyakan mereka ini juga lebih suka berkongsi bakat dimiliki di media sosial seperti membuat nyanyian semula lagu atau ‘cover version’. Paling penting, pemilih 12 peserta ini dinilai oleh barisan juri profesional sekali gus memberi nilai tambah pada kualiti mereka,” katanya.
Jelasnya lagi, daripada 12 peserta yang bersaing di peringkat akhir, ia membabitkan satu peserta berkumpulan, satu secara trio, tiga rappers dan selebihnya solo.
Dalam pada itu, lebih istimewa lagi COF LOCKSTAR turut menampilkan lima penyanyi terkenal tanah air selaku juri profesional iaitu Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah, Tomok dan Altimet, manakala Ajak dipilih selaku hos program dan komposer Pown Hasril pula bertindak selaku Pengarah Music.
Mengulas mengenai pemilihan juri-juri yang akan mengadili pertandinga itu, Aman menyatakan dia ada alasan tersendiri kenapa memilih semua penyanyi lelaki.
“Bagi menghangatkan lagi program ini, kami memilih Ajak selaku hos dan lima penyanyi terkenal menjadi juri profesional. Lagi pula Hazama, Akim, Black, Tomok dan Altimet pernah menjadi juri untuk program realiti. Kebetulan kita memang mencari bakat baharu, jadi pemilihan mereka ini sangat sesuai.
“Pada saya tidak ada istilah kenapa semua juri lelaki dan tak ada perempuan, yang penting mereka profesional. Mereka juga bepengalaman, semuanya pun hebat. Itu yang pada saya sesuatu yang menarik. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Kalau nak tahu apa pilihan mereka kena tengok di saluran YouTube COF Music nanti,” katanya.
Hadiah pemenang adalah tempat pertama bernilai RM50,000 yang mana merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.
Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.
Persembahan mingguan bakal ditayangkan secara Live Stream bermula pada 28 Ogos ini pada pukul 9.00 malam di YouTube & Facebook COF Music.
Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim selaku penganjur berkata, COF LOCKSTAR bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat dan kualiti.
“Apa saya boleh katakan, ini program realiti pertama yang sepenuhnya dibuat secara virtual atau dalam talian. Sudah tentu memberikan cabaran tersendiri pada pasukan produksi terutama dari segi nak mencari kualiti peserta.
“Ada lebih 2,000 video yang dihantar di mana semua perlu dinilai terlebih dahulu oleh juri profesional sebelum memilih 12 yang terbaik. Daripada jumlah itu, lima atau enam peserta akan berentap pada peringkat akhir iaitu pada minggu kelima. Selebihnya akan melalui proses penyingkiran dari minggu pertama sehingga empat,” katanya.
Menurut Aman, misi mencari bakat baharu yang segar bakal tercapai apabila 12 peserta yang terpilih itu bukan dalam kalangan artis atau penyanyi sedia ada.
Malah, baginya ia satu cabaran besar buat dia dan seluruh pasukan dalam menjayakan program realiti ini kerana sepenuhnya diadakan secara dalam talian.
“Daripada 2,000 video itu, ada juga artis yang hantar. Namun begitu, disebabkan mereka terikat kontrak dengan syarikat rakaman, jadi kita tak boleh terima. Sebab antara syarat penyertaan adalah bergerak sendiri.
“Jadi, 12 peserta yang terpilih ini memang semua segar, wajah baharu tapi mempunyai bakat luar biasa. Dalam masa sama, kebanyakan mereka ini juga lebih suka berkongsi bakat dimiliki di media sosial seperti membuat nyanyian semula lagu atau ‘cover version’. Paling penting, pemilih 12 peserta ini dinilai oleh barisan juri profesional sekali gus memberi nilai tambah pada kualiti mereka,” katanya.
Jelasnya lagi, daripada 12 peserta yang bersaing di peringkat akhir, ia membabitkan satu peserta berkumpulan, satu secara trio, tiga rappers dan selebihnya solo.
1. Zeerahmat
2. Yusuf Kassim
3. Syifa Ashie
4. Ryan Razaly
5. Paperfarah
6. Jiha Akhir
7. Hombre
8. Banyak Bunyik Republik
9. Azumi
10. Ariff Peter
11. Alif Music
12. Ain Farah
Mengulas mengenai pemilihan juri-juri yang akan mengadili pertandinga itu, Aman menyatakan dia ada alasan tersendiri kenapa memilih semua penyanyi lelaki.
“Bagi menghangatkan lagi program ini, kami memilih Ajak selaku hos dan lima penyanyi terkenal menjadi juri profesional. Lagi pula Hazama, Akim, Black, Tomok dan Altimet pernah menjadi juri untuk program realiti. Kebetulan kita memang mencari bakat baharu, jadi pemilihan mereka ini sangat sesuai.
“Pada saya tidak ada istilah kenapa semua juri lelaki dan tak ada perempuan, yang penting mereka profesional. Mereka juga bepengalaman, semuanya pun hebat. Itu yang pada saya sesuatu yang menarik. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Kalau nak tahu apa pilihan mereka kena tengok di saluran YouTube COF Music nanti,” katanya.
Hadiah pemenang adalah tempat pertama bernilai RM50,000 yang mana merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.
Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.
Persembahan mingguan bakal ditayangkan secara Live Stream bermula pada 28 Ogos ini pada pukul 9.00 malam di YouTube & Facebook COF Music.
Kredit : cofmusic.my