Cara Daftar Dan Login MyBSN Online 2021 Untuk Memudahkan Transaksi

MyBSN login adalah cara untuk login akaun bank BSN online yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan menyelesaikan transaksi atau membuat sebarang pindahan wang secara online. Sudah tentulah ini akan memudahkan segala urusan perbankan anda. Jadi bagi mereka yang belum ada akaun secara online, anda boleh terus membaca.

Cara Daftar MyBSN Login Secara Online

Bagi anda yang belum ada akaun MyBSN login online tetapi sudah ada buku akaun BSN, anda perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu bagi pengguna baru.

Ikut cara daftar BSN online 2021 di bawah :


*Sediakan sediakan nombor telefon yang berdaftar atas nama anda, kad pengenalan, kad ATM/debit/kredit, no pin kad tersebut serta nombor akaun anda untuk memudahkan mengisi maklumat ketika mendaftar.

1. Masuk ke portal rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

2. Klik butang “Register” untuk mendaftar keahlian baru di portal myBSN online

 

3. Pastikan anda telah membaca kesemua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Kalau dah setuju, Klik dan tick pada ruangan “accept“, tick “decline“jika tidak bersetuju dan ianya akan kembali ke halaman depan mybsn semula.
4. Tekan butang “next” selepas anda accept terma & syarat tersebut. Ia akan ke laman yang mempunyai ruangan yang perlu diisi.

 

5. Isi No. Kad Bank anda beserta no CVV2 3 digit dibelakang kad anda, (Peringatan – Jangan Dedahkan No Berikut Kepada Orang), seterusnya, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda yang tertera di bawah nombor kad anda dan isi di ruangan “Expiry Date“. Pastikan tarikh dimasukkan dengan betul

 

6. Masukkan no kad pengenalan pada kotak yang disediakan, selepas selesai mengisi sila tekan butang “Next” untuk ke halaman seterusnya

  New IC number : bagi yang warganegara

  Old IC : bagi anda yang belum menggunakan MyKad

  Military IC/Passport Number : bagi yang tidak mempunyai MyKad atau bukan warganegara

 

7. Masukkan username yang nak anda gunakan, pastikan senang untuk anda ingat pada ruangan “Username”

 

8. Masukkan kata laluan yang lebih dari 8 angka dan anda ingin gunakan di kotak ruangan “Password“. Gunakan kata laluan yang sama pada petak kosong “Confirm New Password”

9. Tekan “request OTP” dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan tekan butang “Confirm”

10. Anda akan menerima kod OTP tersebut melalui no telefon yang anda daftarkan untuk akaun BSN secara SMS daripada BSN dan masukkan kod OTP tersebut di ruangan “OTP number”

 

11. Pilih satu sahaja gambar pilihan dalam “Online Image” tersebut. Kegunaan gambar ini adalah untuk buat pengesahan semasa setiap kali anda buat login ke akaun banking MyBSN anda nanti. Kiranya macam varifikasi la samada tu akaun anda atau tidak.

12. Tekan butang “submit” dan pendaftaran akaun online banking myBSN anda berjaya
MyBSN Login (Kali Pertama)

Selepas mendaftar keahlian myBSN, anda sudah boleh untuk log masuk ke akaun MyBSN anda. Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :

1. Sila ke laman web berikut https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

2. Masukkan username seperti anda daftarkan untuk akaun MyBSN

3. Klik “Login” untuk mengakses ke akaun MyBSN anda

4. Buat varifikasi Online Image, kalau betul kira ok. kalau salah maknanya userneame anda salah

5. Masukkan password anda yang telah anda setkan semasa mendaftar

6. Isikan maklumat peribadi anda setelah mengakses masuk

7. Pilih soalan rahsia anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih itu

8. Settle, anda berjaya log masuk ke akaun myBSN online anda

Soalan-Soalan Lazim
Sebarang pertanyaan dan soalan lazim yang anda ingin tahu berkenaan dengan cara daftar myBSN, anda boleh rujuk FAQ di bawah :


1. Perlukah membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?


Tidak perlu. anda boleh gunakan nombor kad ATM yang sedia ada

2. Bolehkah buka akaun secara online?


Setakat ini BSN belum lagi menawarkan perkhidmatan ini

3. Bilakah boleh mula menggunakan perkhidmatan ini?

Selepas mendaftar MyBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya

4. Bolehkah menggunakan pekhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan MyBSN?


Sila layari laman web BN untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan dengan MyBSN.

5. Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?


Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

6. Perlukah daftar semula dengan MyBSN selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?


Anda tidak perlu mendaftar semula. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam MyBSN akan sentiasa sah.

7. Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai kata laluan?


Dinasihati tidak menggunakan nama pengguna sebagai kata laluan sebagai langkah kesihatan. Guna kata laluan yang berlainan.

8. Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?


Anda cuma perlu klik “Forgot Password” dan masukkan butiran kad dan pin.

9. Bolehkah tukar kata laluan?


Boleh. Log masuk MyBSN dan klik “Profile Management”. Pilih “Change Password” dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan.

10. Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?


Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL BSN yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel.

11. Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?


Hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-26131900 (Luar negara)

12. Adakah dikenakan bayaran menggunakan MyBSN?


Tiada sebarang pembayaran dikenakan.

Maklumat Lanjut

Kini anda boleh semak baki akaun BSN melalui online. Mudah sahaja kan?
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk BSN hotline dan hubungi ke :
1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
customercare@bsn.com.my

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post