Cara Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh Secara Online Guna Myeg

Lesen memandu anda dah tamat tempoh? Terlalu sibuk sehingga tidak ada masa nak keluar ke kaunter? Jangan risau, anda kini boleh memperbaharui lesen memandu secara online sahaja dan tidak perlu beratur panjang-panjang apalagi di musim pandemik yang memuncak ketika ini.

Menerusi Myeg ada cara mudah dan cepat untuk perbaharui lesen memandu anda, tidak perlu bersesak-sesak dah!



CARA-CARA RENEW LESEN MEMANDU SECARA ONLINE

Buka portal MYEG dan masukkan usernama dan password anda. Kalau belum daftar MYEG boleh daftar dulu. Senang sangat.

 

Klik logo JPJ dan seterusnya klik pada ‘Driving License Renewal (CDL)’.


Tekan ‘proceed’ dan isikan segala maklumat yang diminta. Sekiranya anda mahu lesen dihantar secara pos, anda boleh klik pada ‘delivery/penghantaraan’ dan isikan alamat penerima.


Setelah selesai isi pastikan semua maklumat betul dan klik ‘proceed’


Bahagian akhir untuk membuat pembayaraan. Kalau anda guna online banking, klik online banking.

Step terakhir ialah tunggu dalam empat sehingga lima hari untuk MYEG menghantar lesen memandu anda.

Siap! Mudahkan? Klik-klik dan bayar. Tunggu sahaja posmen datang untuk menghantar lesen memandu yang sudah diperbaharui.


Sumber: Damianajun Pakar Tilam Handmade

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post