Basikal terbaharu skuad lumba basikal negara yang direka mengikut kesesuaian tiga pelumba negara iaitu Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis, diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.

Menerusi Berita Harian, Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan harga sebenar basikal model WX-R Vorteq yang akan digunakannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidaklah semahal seperti yang dilaporkan.
Pelumba berusia 33 tahun itu berkata, pihak yang menguruskan projek bagi menghasilkan basikal berkenaan memang sengaja meletakkan harga yang boleh dianggap tidak masuk akal bertujuan untuk melindungi teknologi yang dihasilkan daripada digunakan pihak lain terutamanya pasukan pencabar di Olimpik.
"Kita sudah buat pelaburan semua, mana boleh kita bagi orang lain guna macam itu saja. Sebab itu, pihak yang menguruskan projek ini meletakkan harga yang tidak masuk akal, memang sengaja mereka letak harga macam itu.
"Mereka letak harga tinggi supaya orang lain tidak beli sebab orang akan fikir tidak masuk akal. Ini sedikit rahsia yang saya boleh kongsikan.
"Namun, perkara ini menjadi tumpuan dari sudut lain pula apabila semua mengatakan yang basikal Malaysia paling mahal sehingga boleh beli kereta tetapi yang sebenarnya adalah kita mahu elak orang lain daripada membelinya," kata Azizulhasni ketika sesi Instagram (IG) Live bersama Astro Arena, kelmarin.
Harga basikal Azizulhasni dan seorang lagi pelumba negara yang akan beraksi di Olimpik Tokyo, Muhamad Shah Firdaus Sahrom menjadi bualan hangat peminat sukan tempatan apabila dilaporkan mencecah RM300,000 sebuah.

Semalam kecoh di media sosial, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar Dato Azizulhasni dengan basikalnya dan meletakkan caption harga setiap satu komponen basikal milik beliau.
Pecahan harga bagi setiap komponen basikal Dato Azizul

Rangka : RM147 000
Fork : RM29 000
Handle bar : RM58 000
Rim depan : RM35 000
Rim belakang : RM35 000
Chain ring : RM700
Power meter : RM11 000
Tayar depan & belakang : RM3000
Rantai : RM750
Sprocket : RM120

Tempoh R&D memakan masa 3 tahun dan menelan kos RM 13 Juta