#Belasungkawa - Selebriti Malaysia Meninggal Dunia 2021, Kehilangan Yang Tiada Ganti

Tahun 2021 turut membawa khabar duka dengan berita kepergian sebutir permata insan yang berdarah seni dalam Malaysia.



Datuk Jamali Shadat


Allahyarham Datuk Jamali Shadat merupakan anak jati Selangor kelahiran Bukit Kapar, Klang. Nama yang cukup sinonim dengan bidang seni komedi ‘stand up’ tanahair. Kisah ‘Atan Dan Atuk’ sememangnya mencuit hati dan meninggalkan kesan cukup mendalam di sanubari majoriti rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para mukmin di syurga penuh nikmat. Takziah diucapkan kepada keluarga. Negara kehilangan seorang tokoh seniman yang cukup berbakat.

Noryati Taib (Makcik Petir)


Pelakon Noryati Taib, 63, yang terkenal dengan panggilan 'Makcik Petir', meninggal dunia pada jam 1.45 pagi 7 April 2021. Berita sedih itu dikongsi anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui hantaran di Facebook.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Abu Bakar Omar



Pelakon veteran popular, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah pada 16 April 2021. Berita sedih berkenaan dikongsi oleh anak allahyarham sendiri, Zainuddin Abu Bakar menerusi Facebook. 

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah pada 25 April 1948, Abu Bakar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Fenomena, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung. Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Rama 


Aktor dan pelawak veteran, Rama atau nama sebenarnya Ramasundran Rengan, 57, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar pukul 2 pagi 26 mei 2021. 

Rama cukup dikenali peminat sitkom Melayu sejak awal 1990-an lagi terutama dengan watak yang menyerlah sebagai Rajoo dalam Spanar Jaya selain Jangan Ketawa.

Seniman memaklumkan Rama yang mempunyai sejarah penyakit jantung di bawa ke bahagian kecemasan HKL selepas mengalami bengkak kaki tengah malam.

Benjy Ibrahim


Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada 11 pagi Ahad. Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Siti Sarah Raissudin



Bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) meninggalkan suami yang juga selebriti Shuib Sepahtu serta 4 orang anak.

Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Mimi Loma



Pelakon dan penyanyi era 1960-an, Siti Aminah Ismail atau Mimi Loma meninggal dunia dalam tidur pada usia 75 tahun di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini, pada jam 2.19 pagi, 21 ogos.

Berita pemergiannya disahkan oleh anak tunggalnya, Sherina Othman, 48, yang mengakui ibunya pergi dalam keadaan tenang dihadapan keluarga dan jiran.

Norazmi Mohd Abdullah (Vokalis Samudera)


Vokalis baharu kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48, meninggal dunia akibat COVID-19.
Berita pemergian Norazmi itu turut dikongsi di akaun Facebook (FB) rasmi kumpulan itu, Samudera Fans Club. Kumpulan Samudera popular dengan lagu Salam Sejahtera.

Mamat Khalid
Perginya seorang lagenda seni, pengarah dan seorang pencipta karya seni agung. Al-Fatihah buat allahyarham Mamat Khalid.

 

Gmie Screen
Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang. Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.


 
Sekian.

Salam takziah buat ahli keluarga.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post