14 Filem Bertemakan "Death Game" Umpama Squid Game Mesti Tonton

Filem Squid Game yang membuat kemunculan di Netflix kini menjadi trending di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.Ramai yang suka dengan drama siri Korea ini kerana ia menampilkan sisi berbeza berbanding drama yang biasa ditonton.



Ia mengisahkan permainan tradisi kanak-kanak yang dipertandingkan di kalangan mereka yang terdesak dan dibebani hutang. Mereka ditawarkan jumlah hadiah berupa wang yang sangat lumayan, namun nyawa mereka menjadi pertaruhan.

Ibarat permainan kalah mati, sesiapa yang tidak berjaya ke pusingan seterusnya akan mati ditembak atau mati semasa perlawanan – dan tiada sesiapa akan dipersalahkan sekiranya mereka dipukul atau diapa-apakan sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.




Namun tahukah anda, drama genre deaath game ini sebenarnya telah lama menjadi genre yang popular di Jepun – dan ramai berpendapat drama siri dan filem Jepun lebih menarik berbanding Squid Game.

Kalau anda enjoy siri ‘Squid Game’ yang tengah trending sekarang, ini ada beberapa drama siri dan juga filem Jepun yang ada vibes sama.

Jadi jom kita selongkar drama / filem tersebut. Sesetengahnya masih ditayangkan di Netflix dan turut trending dengan kemunculan drama Squid Game ini!

1. Alice In Borderland





Siri ni mengisahkan pasal 3 orang sahabat baik, satu hari diorang lari dari polis dan mengunci diri dalam tandas awam, tengah syok sembunyi sekali tu blackout. So diorang keluar dan mendapati semua manusia kat Tokya sudah lenyap!

Persoalannya tak tahu manusia tu semua ke mana, kena sedut alian ke, apa ke.. Kira diorang memang tak tahu, kita sebagai penonton pon lagi lah tak tahu.
Sunyi sepi!!
Tiba-tiba skrin besar di sebuah bangunan menyala, menunjukkan arahan untuk sebuah permainan (game).

Mereka wajib sertai permainan ni. Permainan antara hidup dan mati, sewatu menyertai permainan tersebut peserta boleh mati, jika tidak menyertainya peserta turut juga akan mati. Jadi nak tak nak, memang tetap kena main jugak.

Kalau menang nanti dapat visa beberapa hari untuk teruskan hidup, kalau kalah matilah jawabnya.
Melalui permainan ni semua, kita akan dikenalkan dengan pelbagai watak. Setiap watak ada keunikan masing-masing, dan akan adalah babak imbasan semula untuk menceritakan masa lampau mereka.
Masih ramai peserta yang dipilih untuk menggadai nyawa, bukan 3 sahabat itu tadi sahaja rupanya.

Permainan yang disertai semua bahaya, tricky dan menaruhkan nyawa setiap peserta.
Apa yang sanggup dilakukan untuk terus hidup?
Kasih sayang
Pengkhianatan
Berbunuhan

Bertahan untuk hidup haruskah saling mengkhianati?
Satu pilihan yang menghukum jiwa selamanya.

Review oleh : Shukr Shukr

2. As The God Will
As The Gods Will ini diadaptasikan dari siri manga, Kamisama no iu Toori.



Shun Takahata cuma seorang pelajar sekolah tinggi biasa. Suatu hari, dia dan rakan sekelasnya dipaksa main game kematian. Kalau ada yang bercakap atau masa bergerak semasa boneka kayu tradisional Jepun tu pusing, pecah kepala jawabnya.

Tanpa mengetahui siapa dalang di sebalik game ni, Takahata tiada pilihan lain selain cuba menang bagi bertahan hidup. Seramm tau cerita ni… Tak percaya cuba tengok trailer ni pun dah rasa lain maciamm!

3. Joker Game: Escape




Kisah ini menceritakan bagaimana 7 gadis yang kalah dalam satu permainan ini dikumpulkan di suatu tempat. Mereka harus menyertai “Escape Game of Death”, di mana ketujuh-tujuh mereka yang dikurung dalam sebuah bilik kena cari klu tersembunyi dan saling bekerjasama untuk larikan diri.

Tapi disebabkan perangkap, mangsa pertama pun muncul… Apa terjadi selepas tu? Kenalah tengok sampai habis!

3. Kaiji: The Ultimate Gambler




Kisah drama survival ini seakan-akan Squid Game, di mana permainan yang dipertandingkan adalah untuk tontonan orang-orang kaya yang hanya mahukan keseronokan dan keterujaan dengan melihat orang-orang miskin mati dengan tragik.

Filem ini dimulakan dengan watak seorang pemuda bernama Kaiji Īto yang dilakon oleh Tatsuya Fujiwara. Pemuda yang boleh dikatakan seorang yang hopeless disebabkan taraf hidup yang miskin. Bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka.

Kaiji yang terdesak untuk hidup normal seperti orang lain tetapi tiada arah tuju dengan kehidupan yang sedia ada. Baginya miskin seperti satu takdir yang telah ditetapkan ketika lahir. Padu satu hari ketika beliau balik dari kerja, secara tidak sengaja telah berlaku satu adegan dimana beliau telah menyepak pintu kereta seorang pemungut hutang.

Beliau tanpa disedari kereta tersebut ada orang. Terus ditangkap dan diugut dan kebetulan si pemungut hutang mencari seseorang yg berhutang dengannya. Dan Kaiji adalah org yang menjadi penjamin kepada si penghutang tersebut.

Jadi nak tak nak beliau di paksa untuk membayar hutang itu. Dan Kaiji memberitahu dan merayu yg beliau tidak ada wang untuk membayar. Kerana hutang itu adalah satu jumlah yang besar dari gaji diterimanya untuk setahun bekerja.

Si Pemungut hutang akhirnya memberi satu peluang untuk beliau melunaskan baki hutang dengan memberi beliau tiket untuk menyertai satu pertandingan. Malah ditawarkan hadiah berjuta juta yen jika beliau menang.

Kaiji dengan tidak ada pilihan, terus pergi ke sebuah Kapal mewah untuk menyertai pertandingan tersebut dengan harapan satu peluang untuk beliau hidup mewah.
Adakah beliau berjaya menyelesaikan hutang dengan permainan hidup dan mati ini? Itu kena tengok sendiri la..hahaha

Tapi apa yang boleh dirumuskan, cerita ini berkait rapat soal kehidupan semasa. Yang Miskin Yang Kaya, Hidup dengan penuh tipu helah.

Sesuatu yang sedang terjadi,akan terjadi kepada kita semua. Keputusan kita sama ada untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.

Jika kita pilih untuk berjaya dan hidup jalan mana yang perlu kita hadapi?
Jika kita pilih untuk teruskan kehidupan semasa, adakah ia kekal tenang setiap masa..
Adakah jadi Kaya itu menang? Jadi Miskin itu kalah?
So, tanya diri sendiri untuk temukan jawapan tersebut…
Lupa nak cakap, Filem ini ada 2 lagi sequel iaitu:
Kaiji 2
Kaiji : Final Game

Review oleh : Arill San

4. Battle Royale





Okay guys , harini aku nak review movie Jepun yg lain dari yang lain . filem sebelum game PUBG & Fortnite booming

Sinopsis: Battle Royale adalah filem yang diadaptasi dari novel ternama karya Koushun Takami. Menyaksikan budak-budak yang masih bersekolah dipaksa untuk membunuh satu sama lain.

Bayangkan lah korang di campak ke sebuah pulau , untuk keluar dari pulau tu , korang kena bunuh 1 sama lain . Siap ada kawan baik korang . Apa yg korang akan buat ? Haa ini lah inti cerita ni .

42 pelajar, 3 hari, 1 Pulau sepi: selamat datang ke Battle Royale. Sekumpulan pelajar dari sekolah menengah Jepun telah dipaksa oleh kerajaan mereka untuk bertarung dalam “Battle Royale” .

Ada macam2 jenis pelajar dalam tu main game ni , ada yang cara Psycho , Brutal habis , ada yang bunuh secara perlahan dengan cara seksual . Macam2 cara lagi ada . Malas nak spoil !!
Kalau korang belum tengok , korang wajib tengok . Tapi pastikan jangan tengok dengan budak2 , sebab cerita ni banyak darah ! Dah jalan cerita pon kena bunuh2.

Genre : Action / Thriller
Bagi mereka yang meminati filem thriller, aksi dan persahabatan, serius wajib tonton! Pengakhirannya sangat lah mantap !!

Personal rating : 8.8 / 10

Review oleh: Aqim Shah

5. Friends Game



Kali ini bukan nyawa jadi taruhan tapi persahabatan. Pengkhianatan antara sahabat yang mencetuskan api pertengkaran akan menyebabkan kekalahan dalam permainan ini.

Ryo Yoshizawa, terseret ke dalam permainan ini bersama dengan 4 sahabatnya. Mereka dibebankan sejumlah hutang yang dapat bertambah dan berkurang sepanjang permainan itu dengan syarat tertentu yang tidak diketahui. Kalau curiga dengan kawan, kemungkinan untuk kalah makin tinggi. Kepercayaan terhadap sahabat saling diuji di sini.


6. Girl Gun Lady





Koharu, seorang gadis sekolah menengah yang kesepian yang hanya hobinya membuat model plastik. Suatu hari dalam perjalanan pulang dari sekolah perempuannya, pengurus kedai sebuah kedai antik misteri mengesyorkan Koharu membeli model plastik bernama Alice.

7. Kakegurui


Seorang remaja menggunakan kemahiran berjudi untuk mencuba dan menjatuhkan presiden majlis pelajar di akademi swasta elit.

8. Bingo (2012)

Hukuman mati kini ditentukan oleh permainan bingo yang dimainkan oleh keluarga mangsa.




9. Tag (2015)
Seorang wanita terpesona ke dalam sekumpulan realiti alternatif yang semakin pelik di mana setiap senario berakhir dengan pembunuhan berdarah.




10. Ready or Not




Seorang gadis muda yang cantik bernama Grace baru sahaja melangsungkan perkahwinan yang sangat bahagia dan indah dengan pasangannya Alex, anak dari keluarga Le Domas. Pada malam perkahwinan mereka, seluruh persatuan keluarga duduk di meja dan meminta Grace memilih permainan papan rawak dari kotak misteri. Dia memenangi permainan hide and seek, dan dia adalah yang pencari, anggota yang lain akan menjadi pencari.

11. The Werewolf Game: Lovers (2017)




Untuk membayar hutang keluarganya, Ranko Takano mengambil bahagian dalam permainan yang mengumpulkan hanya yang paling kuat bertahan dalam Werewolf Games yang lalu. Namun, sistem baru diperkenalkan yang membuat pemain menjadi kebingungan.

12. Cinderella Game (2016)





Haitani Sana adalah ahli kumpulan idola. Dia mengikuti impian kakaknya yang kini meninggal dunia yang selalu ingin menjadi idola teratas. Malangnya, kumpulan idola Sana dibubarkan. Dia kemudian diculik dan dibawa ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Apa yang menantinya adalah pertarungan kad. Sekiranya dia menang dalam pertempuran kad melawan gadis idola lain yang diculik, dia boleh menjadi idola teratas.

13. Liar Game The Final Stage (2010)




Kanzaki pada awalnya menarik diri dari Kejohanan Permainan Liar setelah separuh akhir, tetapi mendapat tempat di final kerana penarikan Yokoya. Di lokasi pentas akhir, dia bertemu kembali dengan rakan pemain dari peringkat sebelumnya: Akiyama, Etou, dan Fukunaga. Peringkat terakhir adalah berdasarkan Taman Eden.

14. Gantz (2011)




Gantz menceritakan kisah seorang remaja bernama Kei Kurono, antara lain, yang mati tetapi mendapati diri mereka dibawa kembali dalam keadaan sihat dan terpaksa mengambil bahagian dalam "permainan" di mana mereka memburu dan membunuh makhluk asing. Mereka yang mati dalam misi digantikan dengan cepat oleh orang lain dalam misi yang berikut.

Sebenarnya banyak lagi tau!
Sebenarnya Jepun memang selalu buat genre drama survival thriller game begini, dan banyak juga yang diadaptasi dari anime / manga. Jadi tak hairanlah plot dan jalan cerita yang dibawakan makin lama makin kompleks dan sarat dengan elemen kejam, sadis, seram dan ganas.

Apapun, seeloknya jangan ditonton oleh 18 tahun ke bawah ya!

Selamat menonton.

Kredit : Harianpost

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post