Bila tengok siri tv SQUID GAME pastinya terkenang game kedua Honeycomb yang dimainkan di dalam siri itu. Belek punya belek jumpa resipi honeycomb perkongsian masissohq ini, Jadi jom kita selongkar cara nak buat Honeycomb atau lebih dikenali sebagai Dalgona sugar candy di Korea.
Resepi dalgona/ honeycomb sugar guna tiga bahan je, cara masak sama macam buat Minuman Dalgona yang viral tempoh hari.
Bahan-Bahan
Cara Membuat
Sekian, Selamat Mencuba
Kredit : Masissohq / Aldric
Resepi dalgona/ honeycomb sugar guna tiga bahan je, cara masak sama macam buat Minuman Dalgona yang viral tempoh hari.
Bahan-Bahan
- 2 sudu gula perang
- 1 Sudu besar gula putih
- 3/4 sudu teh soda bikarbonat (kurang sikit dari 1 sudu teh)
- Senduk / Lidi untuk mengacau / Baking paper
Cara Membuat
1. Masukkan 2 sudu besar gula perang atas senduk
2. Campurkan gula putih
3. Hidupkan api, pastikan guna api kecil sahaja kerana tak nak gula kita hangit
4. Gaul rata campuran gula perang dan gula putih sehingga cair
5. Gaul-gaul gaul sampai mencair seperti buat air Dalgona kopi
6. Bila dah cair boleh masukkan sedikit baking soda dan gaul sehingga keperangan
7. Kemudian tuang adunan ke atas wraping paper
kalau takde paper, atas dulang pun boleh atau mana-mana permukaan rata
8. Biarkan adunan merata dan sedikit sejuk barulah ditekap menggunakan bentuk acuan yang diinginkan
Tara...Siap dah acuan jangan tekap sampai habis nanti terputus pula.
Siap..Boleh la cuba main pisahkan bentuk bintang di tengah
Atau boleh tonton cara buat honeycomb menerusi video ini.
Sekian, Selamat Mencuba
Kredit : Masissohq / Aldric