Senarai Peranti Yang Menyokong iOS 15, Boleh Download Mulai 21 Sept

Selain pelancaran model terbaru keluarga iPhone 13, Apple Watch Series 7, iPad Mini baharu dan iPad 10.2 pada 15 September yang lepas, Apple juga mengumumkan kesemua model baharu ini datang dengan sistem operasi baharu iaitu iOS 15, iPadOS 15, WatchOS 8 dan tvOS 15.

 


Walaupun belum boleh memiliki siri produk terbaharu Apple, anda yang ingin merasai sendiri sistem operasi terbaharu daripada Apple ini, anda boleh memuat turun sendiri dengan mengemas kini perisian peranti anda.

Buat mereka yang berada di Malaysia, sistem operasi terbaharu ini boleh dimuat turun bermula jam 1 pagi esok 21 September 2021.

Anda juga boleh mencari sendiri waktu kemas kini boleh dimuat turun menerusi grafik di bawah sekiranya anda berada di bandaraya selain Kuala Lumpur.

Anda disarankan untuk membuat sandaran iCloud atau di komputer terlebih dahulu bagi memastikan data peribadi anda dapat dikembalikan sekiranya kemas kini perisian terbaharu ini menyebabkan ketidakstabilan pada peranti anda.

Harus diingat bahawa kemas kini boleh berlaku ketidakstabilan muat turun bakal berlaku secara serentak di peringkat global.

Anda boleh periksa senarai di bawah adakah peranti anda boleh menyokong perisian terbaharu ini.


Senarai Peranti Yang Boleh Memuat Turun iOS 15.
iPod touch (Gen 7)
IPhone XS Max
‌iPhone‌ XS
iPhone XR
‌iPhone‌ X
‌iPhone SE‌ (2020)
‌iPhone SE‌ (2016)
iPhone 8 Plus
‌iPhone‌ 8
iPhone 7 Plus
‌iPhone‌ 7
iPhone 6s Plus
‌iPhone‌ 6s
iPhone 12 Pro Max
iPhone 12 Pro
iPhone 12 Mini
iPhone 12
‌iPhone 11‌ Pro Max
iPhone 11 Pro
iPhone 11


Senarai Peranti Yang Menerima iPadOS 15

iPad Pro – semua model
iPad mini (Gen 4 dan ke atas)
‌iPad Air‌ 2
iPad Air (Gen 3 dan ke atas)
iPad (Gen 5 dan ke atas)


Senarai Peranti Yang Akan Menerima watchOS 8
Apple Watch Series 3
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 5
Apple Watch Series 6
Apple Watch Series SE


Senarai Peranti Yang Akan Menerima tvOS 15
Apple TV 4K (Gen 1 dan Gen 2)
Apple TV HD

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post