Fungsi SWIPE UP ini digunakan bagi berkongsikan pautan di luar instagram untuk dipromosikan kepada pengikut di laman sosial tersebut. Namun, pihak instagram akan membuang sistem swipe up dan digantikan dengan pelekat pautan (link stickers).
Pelekat Pautan (Link sticker) mempunyai fungsi yang sama dengan swipe up, perbezaannya adalah pengguna perlu menekan pautan yang dikongsikan dan bukan lagi diluncurkan seperti sebelum ini.
Pelekat Pautan (Link sticker) mempunyai fungsi yang sama dengan swipe up, perbezaannya adalah pengguna perlu menekan pautan yang dikongsikan dan bukan lagi diluncurkan seperti sebelum ini.
Pelekat pautan ini lebih mesra kepada pengguna berbanding fungsi swipe up.
Bermakna, selepas ini anda tidak lagi perlu "Swipe Up" untuk membaca artikel misalnya tetapi anda perlu klik pautan yang terpapar. Instagram berkata bahawa fungsi itu membenarkan pengguna untuk menghantar mesej atau memberi reaksi pada stories tersebut yang mana sebelum ini tidak boleh berbuat demikian.
Bagaimanapun, ia masih lagi terhad untuk akaun yang mempunyai jumlah pengikut melebihi 10 ribu terlebih dahulu. Instagram menyatakan mungkin mereka akan menawarkannya kepada semua pengguna pada masa hadapan.

p/s : Nampaknya tidak ada lagi la seller promote barang dengan sebut SWIPE UP Sekarang pada end of video selepas ni
Kredit : Verge