8 Karya Filem Masterpiece Mesti Tonton Arahan Mamat Khalid

Malaysia digemparkan dengan berita pemergian pengarah yang disegani dalam industri perfileman tempatan. Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid adalah satu kehilangan bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti.

Sebut sahaja nama Mamat Khalid pasti ramai peminat filem tempatan mengenalinya. Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohd Khalid merupakan pengarah yang sangat terkenal dengan filem-filem bercorak komedi.



Penglibatan Mamat Khalid dalam dunia seni bermula pada tahun 1997 apabila beliau menjadi penulis untuk siri televisyen animasi Kampung Boy. Beliau kemudiannya menjinakkan diri dalam dunia pengarahan dengan mengarahkan telefilem Rombongan Cik Kiah Sukan Komanwel pada tahun 1998. Mamat Khalid membuat kemunculan pertamanya dalam dunia perfileman tanah air apabila menjadi pengarah filem Lang Buana yang dibintangi anggota Senario.

Semenjak dari situ, Mamat Khalid telah menghasilkan 18 buah filem yang kebanyakkan bertemakan komedi. 

Rock (2005)


Tiga daripada empat siri filem Rock ini, ia mengisahkan tentang jatuh dan bangun kumpulan rock cereka Rimba Bara dalam menempa nama di persada seni suara tanah air. Dalam filem keempat dan terkini, ia mengisahkan Rimba Bara, yang kini kembali hangat dengan nama Rimba Bara 2 serta ahli baru.
Zombie Kampung Pisang


Maka bermulalah ‘universe’ Kampung Pisang, sebuah kampung yang bakal menyaksikan penduduknya sentiasa berhadapan dengan gangguan mistik. Zombi Kampung Pisang adalah filem zombi paling hebat berbanding filem-filem bertemakan zombi diseluruh dunia. Sebab apa hebat?, tiada zombi didunia yang mampu membuat ‘wheelie’ motorsikal melainkan zombi di Kampung Pisang. Dibintangi Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, dan Soffi Jikan, Zombi Kampung Pisang mengisahkan tentang serangan zombi yang berlaku di Kampung Pisang. 

Selain mengisahkan Hussein dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan diri zombi yang kerjanya nak makan otak, ia turut menyampaikan mesej agar tidak melakukan pencemaran alam sekitar dan juga memupuk budaya bersatu dikalangan penduduk kampung.



Hantu Kak Limah


Hantu Kak Limah atau pada mulanya dikenali sebagai Hantu Kak Limah 3, merupakan filem komedi seram kegemaran ramai di Malaysia. Siapa sahaja yang tidak teringat akan lakonan hebat teraju utamanya iaitu Dalimawati serta barisan pelakon hebat lain seperti Datuk Awie, Uqasha Senrose, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Man Laksa (2006)



Mengisahkan tentang Man yang merupakan seorang peniaga laksa, yang sanggup untuk mengetuai dan menguruskan malam anekaragam anjuran Persatuan Belia 4B dikampungnya. Plot filem ini agak menarik apabila ia memaparkan kisah yang berlaku dalam satu malam. 

Barisan pelakon yang berbakat juga, menambahkan lagi kualitnya. Unsur komedi yang bersahaja pula, menjadikan filem ini tidak bosan ditonton berulang kali.

Kala Malam Bulan Mengambang (2008)


Filem bertemakan ‘Neo-Noir’ (hitam dan putih) dan pembikinannya bukanlah ‘saja-saja’, ianya sengaja dibuat dalam bentuk hitam dan putih kerana ini menghargai para penggiat filem veteran dari zaman Studio Jalan Ampas hingga Studio Merdeka. Berlatarbelakangkan zaman 50-an, Kala Malam Bulan Mengambang mempunyai penceritaan yang penuh misteri, jenayah dan gaya samsengnya, malah diselitkan sedikit elemen komedi ala-ala zaman filem hitam putih. 

Semuanya gara-gara Saleh terkandas akibat tayar pancit yang menyebabkan dia menyiasat segala misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun


18 Puasa Di Kampung Pisang

 

18 Puasa Di Kampong Pisang adalah merupakan gabungan daripada dua karya Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.

Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. 

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Pukul 2 Petang

Siapa ingat lagi Drama tajuk PUKUL 2 PETANG arahan Mamat Khalid. Drama ni ditayangkan awal 1998, masa ntv7 baru-baru launching.


Drama ni sangat menarik (aku rasa mungkin takde yang seumpamanya), sebab jalan ceritanya cukup singkat, mengisahkan peristiwa yang berlaku dari pagi dalam pukul 10 sampailah 2 petang, kisah pengantin lelaki yang kena sampai dari Ipoh (kalau tak silap) ke rumah pengantin perempuan kat Bukit Mertajam sebelum jam 2 petang.

Banyak halangan & dugaan yang dihadapi oleh We (Allahyarham Hani Mohsin), adik accident, kereta kena tarik, van kena curik, jambatan rosak, highway tutup, kereta accident, terpaksa berlari (seriously lawak gila halangan²yang terpaksa ditempuh) akhir sekali berjaya jugak dia sampai ke rumah pengantin perempuan menaiki motosikal. Moral ceritanya, apa pun yang terjadi, kita kena berpegang pada janji.
Antara dialog yang aku ingat sampai sekarang pasal ketua kompang cakap kat anak buah dia "dia jejak ja kaki, hangpa semua balunnn.."

Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel
 

Drama ini mengisahkan tentang rombongan penduduk kampung yang membuat lawatan ke upacara pembukaan Sukan Komanwel yang diketuai oleh Cik Kiah. Pelbagai kejadian dan halangan yang dihadapi mereka sebelum dan semasa perjalanan menuju ke Bukit Jalil. 

Pelbagai kerenah, ragam serta rungutan dari setiap peserta rombongan gara - gara kedatangan bas yang lewat serta keadaan bas yang begitu daif membuatkan Cik Kiah terpaksa bersabar dan menenangkan mereka. Selamat menonton drama komedi yang penuh dengan nilai dan semangat patriotisme ini.


Karyanya akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan ramai yang merindukan karya agung beliau.
p/s : Thank you Mamat Khalid for inspiring Malaysian entertainers and creatives with your comedy and stories. You are a legend

Al-fatihah buat allahyarham Mohamad bin Mohd Khalid

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post