24 Teka-Teki A Sampai Z Ajak Bergelak Ketawa Tanpa Kompromi

Jom kita berteka-teki lagi kali ini himpunan teka-teki sempoi bikin gelak ketawa tanpa kompromi dari A-Z. bermaksud ada lebih 25 teka-teki yang dihimpunkan menerusi siri kali ini, jadi jom kita selongkar.



A.  Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?

-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...

B. Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???

-Misai

C. Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal-gatal?

-Batang Keladi

D) Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???

-bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer. Tambang bas ke tempat dia napegi tu 60 sen. Camne dia nak pegi tempat tu?

-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen



F) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?

-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..


G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

-Penguin


H) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?

-Katakanlahhhhhh....katakanlahh..ooooooo


I) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg sarat mengandung dan nak beranak, lalu suami dia bawak le isteri tu ke hospital..lalu dia melalui FARM dan LOMBONGBIJIH TIMAH..lps tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, kenapa ?

-Sebab die dapat anak pompuan..huar..huar..huar..


J) Knape penggali kubur, bile nak gali kubur, dia tak pakai spender?

-Takkan nak pakai spender, pakai cangkul ler...




K) 4 Soalan dgn satu jawapan :

(1)knape pencuri kena tangkap
(2)knape ubi jadi kayu
(3)knape gigi sakit
(4)knape org pompuan mengandung

-Sbb lambat cabut


L) Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?

-Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe


M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?

-Lingkaran nyamuk Shieldtox


N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

-Bahrain


O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?

-Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800.10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..hehehe..


P) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?

-Si Katun ler....hehehhe


Q) Foto apa yang menyakitkan?

Foto Ex? salah jawapannya Fotos Cinta


R) Apa dia kecil warna hijau dah besar warna merah?

- Buah Rambutan




S) Dalam banyak status, status apa yang menggembirakan?

- Status Ribu Ringgit


T) Dalam banyak-banyak buah, Buah apa yang kena langkah dulu?

- Buah Dam


U) Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?

- Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).


V) Apa perbezaan wang dan rahsia?

- Sama-sama susah dipegang


W) Apa beza disini dengan disana

- i dengan a


X) Ikan apa yang ada mix separuh inggeris & jawa?

- Belukang (Blue-English, Kang - Jawa)

Y) Bulan apa dalam setahun yang mempunyai 28 hari?

- Kesemuanya

Z ) Apa bezanya Dukun Sama Aku?

- Dukun Boleh membunuh tanpa menyentuh, Aku boleh buat kamu merindu tanpa bertemu.


Sekian.


Semoga terhibur

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post