Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega Dari Tahun 2011 - Sekarang

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro berkonsepkan acara liga tahunan artis komedi dan pelawak kelahiran Malaysia, serta penyertaan pelawak dari Brunei, Indonesia dan Singapura menunjukkan dan mengetengahkan bakat lawak di pentas mega antarabangsa yang bertempat di Malaysia. Ia juga merupakan kesinambungan rancangan Maharaja Lawak yang telah menobatkan pelawak "upper level" dikalangan finalis Raja Lawak (Musim 1-5) iaitu Kumpulan Sepah pada tahun 2011.


 Mulai tahun 2012, Juara Maharaja Lawak Mega akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000 berserta trofi. Sekaligus, menjadikan rancangan realiti hiburan komedi Malaysia paling tinggi nilai ganjarannya khas untuk juara bermusim.


Senarai pemenang Maharaja Lawak & Maharaja Lawak MegaJadi jom kita selongkar senarai pemenang Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dari 2011 hingga kini.

Maharaja Lawak 2011


Juara - Sepah (Shuib, Mamat dan Jep)
Naib Juara - Jozan (Johan dan Zizan)
Tempat Ke-3 - Nabil
Tempat Ke-4 - Jambu (Angah dan Yus)

Maharaja Lawak Mega 2011


Juara - Osbon (Abon dan Mr Os)
Naib Juara - Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Tempat Ke-3 - Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)

Maharaja Lawak Mega 2012


Juara - Jozan (Johan dan Zizan)
Naib Juara - Jambu (Angah dan Yus)
Tempat Ke-3 - Shiro (Ajak dan Shahrol)

Maharaja Lawak Mega 2013


Juara - Sepahtu (Jep, Rahim dan Shuib)
Naib Juara - Shiro (Ajak dan Shahrol)
Tempat Ke-3 - Bocey (Abam, Achey dan Fad)

Maharaja Lawak Mega 2014



Juara - Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)
Naib Juara - Sepatu (Jep dan Shuib)
Tempat Ke-3 - Nabil

Maharaja Lawak Mega 2016


Juara - Bocey (Abam, Achey dan Fad)
Naib Juara - Joras (Rahim, Shuk dan Joey)
Tempat Ke-3 - Puteh (Mamak dan Ali)

Maharaja Lawak Mega 2017


Juara - Bocey (Abam, Achey dan Fad)
Naib Juara - Shiro (Ajak dan Shahrol)
Tempat Ke-3 - Dzawin

Maharaja Lawak Mega 2018


Juara - Shiro (Ajak dan Shahrol)
Naib Juara - Bocey (Abam, Achey dan Fad)
Tempat Ke-3 - Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)

Maharaja Lawak Mega 2019


Juara - Puteh (Ali, Mamak dan Man)
Naib Juara - Zero (Atu, Sharif dan Syaiful)
Tempat Ke-3 - Bocey (Abam, Achey dan Fad)

Maharaja Lawak Mega 2021
Setelah 2 tahun tunda, akhirnya ada semula di tahun 2021


Tempat Ke-5 = Tobat (RM15K)
Tempat Ke-4 = Bahye (RM50K)
Tempat Ketiga = Boro (RM150K)
Naib Juara = Puteh (RM250K)
Juara =Tiro (RM500K



Tahniah buat semua pemenang semoga terus sukses di masa hadapan.  

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post