21 Ayat Tentang Adik Beradik Ini Buat Ramai Tersentuh Di Lubuk Hati Terdalam

T𝗘𝗥𝗦𝗘𝗡𝗧𝗨𝗛 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗧𝗔𝟮 𝗜𝗡𝗜


Ketika ada kesempatan, pergilah bersama adik beradik dan saudara. Berkumpul - kumpul, bukan sekadar makan dan minum ,tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkan lah Persaudaraan.

Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.

Mungkin lain waktu kita sudah semakin Susah untuk berjalan.

Menghabiskan sebagian waktu dengan adik beradik akan membuat Hidup lebih sihat secara Mental dan Fizikal.

Umur itu seperti ais batu, Dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.
Begitu juga dengan umur kita.Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang, dan Akhirnya kembali ke hadirat ILLAHI.

Tersenyumlah dan berfikir positif. Air yang Mengalir tidak dapat berbalik arah. Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi.


Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal. Jalani hidup ini dengan ceria, sabar dan santai.

Jangan suka nak menang sendiri, sementara adik beradik lain selalu salah.

Terimalah persaudaraan. Jangan suka mengeluh atau membenci.

Hidup ini terlalu singkat untuk selalu benar sendiri (Pentingkan diri sendiri)

Jangan buang adik beradik saudara sedaging, hanya kerana tak sepakat.

Satu keburukan adik beradik/keluarga, bukan bererti hilang sembilan kebaikan nya.

Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan adik beradik kita. Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.


Buanglah jauh jauh sifat egois dan iri hati. Terimalah kekurangan dan kelebihan dari adik beradik. Air di cincang tidak akn putus.

Bertemanlah dengan apa adanya, bukan kerana ada apanya.

Nikmati semua masa, canda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan adik beradik kita.

Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, Sediakan bahu ketika dia menangis.

Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses. Sebut namanya dalam doa kita.

Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Tuhan juga akan selalu bersama mu.Teruskan bersilaturahim dengan adik beradik sampai Tuhan berkata waktunya pulang.

Semoga kita jadi keluarga yang bahagia, adik beradik yang baik, anak-anak yang berjaya. Berjaya di di dunia dan di akhirat sana. 



Aamiin....

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post