Harga Tiket Masuk Genting SkyWorlds Theme Park Yang Dibuka Mulai 8 Februari

Taman Tema Genting Skyworlds yang sebelum ini tertangguh pembukaannya sejak beberapa tahun lalu termasuk impak daripada pandemik Covid-19, kini membuka pintu masuknya kepada umum bermula 8 Februari ini.



Sempena pembukaan pra pelancaran taman tema yang bernilai kira-kira RM3.34 bilion itu, Genting Skyworlds menawarkan jualan harga tiket dengan diskaun sebanyak 20 peratus di laman web syarikat dari 8 Februari hingga 31 Mac ini. 



Harga tiket bagi dewasa selepas diskaun adalah RM151 berbanding harga penuh RM189 seorang. Tiket akan mula dijual bermula 4 februari ini.

Bagi harga tiket warga emas dan kanak-kanak dengan ketinggian 90 sentimeter (cm) ke 110cm serta orang kelainan upaya ditawarkan harga diskaun RM128 seorang berbanding harga penuh RM161 seorang manakala kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma.

Selepas membeli tiket secara dalam talian, para pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.



Taman Tema Genting SkyWorlds yang berkeluasan 10.4 hektar itu bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia.



Antara ‘dunia’ unik itu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.


Kredit : Kosmo / Foodie / GentingSkyworlds

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post