7 Siri TV Bertemakan Zombie Umpama 'All Of Us Are Dead' Mesti Tonton

Mesti ramai peminat drama or movie zombie kan. alang-alang musim zombie mengganas ni selepas Netflix tayang All Of Us Are Dead. 



Jadi jom kita selongkar 5 drama/ movie zombie yang korang layan marathon sampai ke pagi.

1. Dark Hole
Dark hole mengisahkan 1 lubang besar yang ada kat dalam sebuah hutan. Sinkhole tu kluarkan satu asap hitam yang boleh mengubah org mnjdi mutant.. dorang akan serang manusia macam zombie. Tpi yang lain dari yang lain bukan lah gigitan zombie menjadi punca 1 bandar huru hara tapi kabus hitam...dorang terpaksa survive n mengelak dari terhidu dari kabus hitam tu. 


2. Happiness
Nak dicerita kan lpas kes kobid settle ade dtg lagi wabak baru yang boleh tukar kite yang manusia normal ni menjadi zombie. Penduduk kat sekitar bangunan apartment terpaksa dikuarantinkan lpas ada wabak yang dah menyerang kat penempatan situ.. penduduk kat situ ramai2 laa berganding bahu utk slamatkan diri masing2 walaupon ade yang kita rase mcm nk jitat je kepala dorang tu sbb pentingkan diri.
 


3. Rampant

Rampant ni salah satu filem zombie best jugak..sebabnya dia bkn je mengetengahkan isu kau nak selamatkan diri dari zombie je...tapi issue politik yang xhabis2 sampai rosak 1 negara... Rampant adalah filem zombie yang berlatar belakangkan zaman Joeson, dimana seorang putera terpaksa pulang ke kampung halamannya untk membantu rakyat. 


4. Zombie Detective

Tak mcm zombie2 lain...zombie nie berotak sikit... Mengisahkan Kim Moo Young yang telah mnjdi zombie selama 2 tahun. Dalam masa yang sama dia belajar mengikut pergerakkan, cara bercakap, dan berkelakuan seperti manusia normal kerana dia cuba mencari identiti sebenar sebelum dia menjadi zombie. Drama ni klakar plus zombie dia hhelokkkk sangat2




5. The Odd Family: Zombie For Sale
Zombie yang terjadi dari sebuah experiment haram yang dilakukan oleh sebuah syarikat farmaseutikal. Zombie tersebut dijumpai oleh keluarga park yang mempunyai perniagaan pam minyak disebuah kg. Selepas bapa mereka yg tua telah digigit oleh zombie tersebut...dia bertukar menjadi lelaki yang sangat bertenga..disebabkan itu rakan2nya juga mahu dan sanggup memberikan berapa shja upah..

zombie tersebut jadi punca pendapatan mereka..sehinggalah semua penduduk kg yang digigit bertukar menjadi zombie menyerang seluruh penduduk kampung. 


6. Kingdom
Kingdom merupakan antara siri TV zombie terbaik setakat ini dengan menggabungkan plot yang hebat, aksi yang mendebarkan serta kesan khas yang berkualiti. Ia memang berbaloi untuk anda tonoton secara berterusan di rumah. tidak seperti filem dan siri zombie lain, ia mengetengahkan satu tema politik dan teori konspirasi politik dalam plotnya. 

Seram bukan tema utama siri TV ini, walaupun zombienya memang agak menjijikkan hasil menggunaan kesan khas yang berkualiti. Ia sangat mendebarkan sehingga kami pasti anda tidak mampu untuk berhenti menonton selagi belum habis episod terakhir.


 
7. Sweet Home
'Sweet Home' tidak betul-betul jatuh dalam genre thriller Zombie, tetapi drama ini masih menjadi tontonan yang menarik. Sweet home merupakan sebuah siri seram/thriller apokaliptik, di mana manusia tiba-tiba mula berubah menjadi raksasa dan cuba memusnahkan manusia.



All Of Us Are Dead
Siri tv yang trending di tahun 2022 berdasarkan webtoon popular, 'Now at Our School,' drama Korea ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah mereka di tengah-tengah kerumuman zombi, berjuang untuk terus hidup.


Siapa yang nak marathon...boleh laa cari kat #Viu

Kredit : Izyan Abd Karim

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post