Terjawab Sudah Siapa Di Sebalik Topeng Peserta The Masked Singer Musim 2 (2022)

Akhirnya misteri di sebalik topeng peserta The Masked Singer Musim kedua sudah kita ketahui siapa apabila setiap minggu peserta yang tersingkir akan mendedahkan identiti sebenar mereka.


 Jadi jom kita selongkar siapa peserta di sebalik topeng yang sudah terkantoi.


Minggu 1
Ray Era - Harum Manis
Rupanya @raydapdap laaaa disebalik Harum Manis! Korang teka betul tak tu? Thank you Ray persembahan yang menghiburkan! 



Minggu 2
Keifli Othman - Nanas
Nampak gaya @keifliothman45 lupa tekan brek sampai terlajak keluar pentas TMSM2! Laju betul adrenalin tengok Keifli beraksi dalam kostum Nanas


Minggu 3
Datin Seri Maria Farida - Pepatung
Tak sangka rupanya Datin Seri @mariafarida yang beraksi di sebalik topeng pepatung selama ni. Tapi sayang, disebabkan terlebih vogue atas pentas, sampai terkantoi di minggu ketiga. Takpe Datin, u tetap gorjes dan maintain vogue walaupun dah terkeluar ok.


Minggu 4 
Sazali Samad - Teh tarik Kaw
Bravo!!! Tak sangka selain angkat berat, @sazali.samad boleh angkat mic. 🏋🏻


Minggu 5
Iman Troye - Aiskrim Roti
Bila persembahan terlebih panas, aiskrim roti pun cair di minggu kelima. Terbongkarlah rahsia Iman Troye yang beraksi di sebalik topeng selama ini!


Minggu 6
Penyu - Zul Huzaimy
Unsangkarable! Ingatkan hebat berlakon atau mengarah je. Rupanya menyanyi dalam topeng pun beliau hebat ye! Maka terbuktilah yang Zul Huzaimy ni anak seni yang serba-boleh.


Minggu 6
Periuk Kera - Reshmonu
Topeng yang sembunyikan identiti si Periuk Kera dah berjaya dicabut! Fuhhh… Rupanya @reshmonu gaissss! Patutlah sedap suara dan persembahan pun memukau semua orang. Inilah penghibur otai, menyanyi dalam topeng pun onz. Good job Reshmonu!


Minggu7
Bujang Senang - Sabhi Sadhi
Fuhhhhh! @sabhisaddi gaissss di sebalik Bujang Senang!  8 Minggu Bujang Senang mainkan perasaan netizen dan juri  jenuh la kumpul bukti nak tau #SiapaDiSebalikTopeng ni tau!!


Minggu 8
Si Merak - Sherry Ibrahim
Fuhhhhh!!! Rupanya sherryibrahim gaisss di sebalik Si Merak ni!!! Walaupun berjaya mengelirukan semua orang tapi performance dia mmg onzzz je setiap minggu kan!! 


GRAND FINAL
Grand finale The Masked Singer Malaysia musim Kedua telah berlangsung pada 1 April 2022, Menyaksikan 5 finalis berentap bagi merebut juara baru bagi musim kedua. Akhir lengkap sudah identiti siapa di sebalik topeng peserta The Masked Singer Malaysia Musim Kedua kali ini.
 
Ara Johari - Ratu Semut 
Ratu Semut 🐜 berjaya mengangkat mahkota sampai final. Korang yang tak senang duduk meneka selama ni terjawablah sudah #SiapaDiSebalikTopeng. Tahniah @arajohari berjaya mengekalkan identiti sampai final!


Hannah Delisha - Burung Hantu
Haaaa, siapa teka betul?! Memang @hannahdelisha disebalik Burung Hantu 🦉! Congrats sebab berjaya mengekalkan identiti & mengaburi semua orang di pentas


Tempat Ketiga
Liza Hanim - Orkid
Ini tak payah nak sangkal lah! Orang lama, suara hebat. Dalam topeng pun selamba dia perform, inikan pula kalau tak bertopeng. Bintang otai memang menyengat! Tahniah @lizahanim79 berjaya mengekalkan identiti sampai final!


Tempat Kedua
Amir Masdi-Seladang
Puas hati dapat tau #SiapaDiSebalik topeng Seladang 🦬 Bravo @amir.masdi kerana bergelar naib juara serta dapat mengekalkan identiti sampai pentas akhir #TheMaskedSingerMalaysia !Bukan je perform setiap minggu dengan aksi hebat, suara dia pun terbukti mantap!


 Juara
Shila Amzah - Rambutan
Juara #TheMaskedSingerMalaysia musim kedua, Rambutan a.k.a @shahilaamzah !! Segala teka-teki kini terjawab!!! Suara, persembahan, aura semuanya menyengat. Sehebat namanya sebagai penyanyi, kini dia juara di pentas The Masked Singer Malaysia!! 🔥

 
Nampaknya betul sekali tekaan netizen 
Orkid-Liza hanim
Rambutan-Shila amzah
Seladang-Amir masdi
Burung hantu-Hannah delisha
Penyu-Zulhuzaimy Marzuki
Bujang senang-Sabhi saddi  
Si merak-Sherry ibrahim 
Ratu semut-Ara Johari
Periuk kera-Reshmonu
Eskem roti-Iman troye  
Harum Manis - Ray Era
Nanas - Kiefli Othman
Pepatung - Datin Seri Maria Farida
Teh Tarik Kaw - Sazami Samad


Jangan lupa saksikan
📌 The Masked Singer Malaysia
🗓 Jumaat, 25 Februari
🕘 9 MALAM
📺 Astro Warna (107)
▶️ Strim melalui aplikasi percuma Astro GO atau Ultrabox pada bila-bila masa.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post