12 Memes Will Smith Menampar Chris Rock Tular Di Twitter

PADAH MENPERSENDAKAN ISTERI ORANG
 
Tanpa diduga pelakon Hollywood Will Smith menampar pelawak Chris Rock tepat padanya kerana mempersenda penampilan isterinya Jada Pinkett dalam jenakanya. Insiden itu berlaku ketika Chris Rock menjadi host dalam Anugerah Oscar di Teater Dolby Los Angeles malam tadi.

Semasa di atas pentas untuk menyampaikan anugerah dokumentari terbaik, Chris Rock sempat berjenaka sambil mempersenda Jada dengan berkata “Jada saya sayang awak. GI Jane 2, tak sabar nak jumpa awak", merujuk kepada kepala botak Jada akibat Alopecia. Kata-kata itu membuatkan Will Smith berang hingga dia bergegas naik ke pentas untuk menampar pelawak itu secara fizikal.

Ketika kembali ke tempat duduknya, bintang 'King Richard' itu menjerit, "Jauhkan nama isteri saya daripada mulut sialan anda!". Video pertengkaran itu disiarkan di Twitter oleh pengguna popular Timothy Burke.

Isteri Smith, Jada Pinkett dilihat memakai gaun hijau zamrud di Oscar berkenaan. Walaupun masih tidak jelas sama ada 'serangan' itu sebagai bahan gurauan, seorang pengguna Twitter (@Rocio2026) menegaskan bahawa Pinkett telah mengalami penyakit Autoimun yang membawa kepada keguguran rambutnya. "Jenaka ini tidak patut," katanya.
 
Pada tahun 2021 Pinkett telah mendedahkan tentang penyakit Alopecia yang membawa kepada keguguran rambutnya dalam bentuk gumpalan. Tahun lepas, beliau juga menyiarkan gambarnya di Instagram dengan kepala yang dicukur selepas mendapat inspirasi untuk bercakap tentang perjalanan keguguran rambutnya.

Pada malam tadi juga, Willl Smith mengondol Anugerah Oscar bagi lakonannya sebagai Richard Williams dalam "King Richard". Semasa ucapan penerimaan anugerah berkenaan beliau sempat memohon maaf kepada Academy dan rakan-rakan finalis yang lain.

"Cinta akan membuatkan anda melakukan perkara gila" Will Smith berkata dalam ucapannya sambil menangis berlinangan air mata memohon maaf kepada Academy dan rakan-rakan pencalonan yang lain.

Meme 1

Meme 2

Meme 3

They actually made a Will Smith toy. 
That's sick.



Meme 5

Meme 6

Meme 7


Meme 8


Meme 9


Meme 10


Meme 11


Meme 12




 Meme 13



Laju netizen buat kerja,  apapa pun semoga berbaik buat semua.

Kredit : Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post