4 Perkara Tak Boleh Kongsi Dengan Rakan Sekerja Walau Baik Sekalipun

Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari, tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka. Jom kita selongkar perkara yang korang kena elak untuk kongsi dengan rakan sekerja.


Jadi jom kita selongkar 4 Perkara utama yang tidak boleh share dengan rakan sekerja walau baik bagaimana pun.
1. Gaji

JANGAN bagitahu berapa gaji korang! Korang bukan je dah tunjuk yang korang ni tak profesional sebab tak mampu jaga confidentiality sesuatu perkara tapi boleh wujud rasa tak senang kalau gaji korang melebihi rakan yang lain.

2. Kesihatan

Kalau korang ada masalah kesihatan, lebih baik jangan dedahkan kepada umum. Akan ada 2 jenis orang tau bila benda ni berlaku. Rakan sekerja yang kasihankan korang atau mereka yang merasakan korang menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tak buat kerja.




3. Hal dalam ‘Kain’

Kehidupan peribadi korang macam hbunngan dengan keluarga, suami-isteri atau hubungan intim ni tak sepatutunya diceritakan kepada teman sepejabat. Ia mungkin akan menjadi senjata mereka sekiranya berlaku apa apa di kemudian hari.

4. Perubahan Gaya hidup 

Kalau korang ada apa apa perubahan dalam hidup, lebih baik untuk tak share dengan rakan sekerja sebab boleh menimbulkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri mereka. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain lain.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post