Senarai Pemenang Juara Big Stage Dominasi BBNU Dari Musim 1 - Sekarang

Siapa yang bakal mendominasi juara Big Stage? Jom kita throwback para pemenang rancangan pertandingan realiti tv pencarian bakat nyanyian yang mengetengahkan bakat baharu sebagai peserta, Big Stage - Dominasi BBNU daripada musim pertama 2018 sehingga sekarang.

Big Stage Musim 1 (2018)

Musim pertama Big Stage bermula pada 5 Ogos 2018 dan berakhir pada 23 September 2018. Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir berkhidmat sebagai juri.



Juara: Sarah Suhairi (RM 100,000 dan Trofi)
Naib Juara: Syafiq Farhain (RM 50,000 dan Trofi)
Tempat Ketiga: Afieq Shazwan (RM 25,000 dan Trofi)
Tempat Keempat: Wani Kayrie (RM 10,000 dan Trofi)
Tempat Kelima: Baby Shima (RM 5,000 dan Trofi)

Pemenang Big Stage Musim 2 (2019)
Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 6 bintang lelaki dan 6 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim kedua. Tambahan pula, ia menyaksikan pelbagai negara luar yang bertanding iaitu dari Indonesia, Korea Selatan, Brunei dan juga dari Thailand.




Juara Big Stage : Han Byul RM100,000 berserta trofi, sebuah kereta Perodua Axia Style & telefon pintar Vivo V17 Pro.
Naib Juara : Neeta RM50,000 berserta trofi.
Tempat Ketiga : Adzrin RM25,000 berserta trofi.
Tempat Keempat : Irfan RM10,000 berserta trofi.
Tempat Kelima : Dinda RM5,000 berserta trofi.

Pemenang Big Stage Musim 3 (2020)
Musim ketiga Big Stage, juga dikenali sebagai Big Stage 2020: Norma Baharu memulakan tayangan perdana pada 16 Ogos 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2020. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta dari luar negara yang terlibat seperti musim kedua yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini.

Juara Big Stage 2020, Azzam Sham (tiga dari kiri), bersama Usop (naib juara), Qody Rani (tempat ketiga), Dinnie Rashid (tempat keempat) dam Fadh Majid (tempat kelima).



Juara: Azzam Sham (RM 100,000 dan Trofi)
Naib Juara: Usop (RM 50,000 dan Trofi)
Tempat Ketiga: Qody Rany (RM 25,000 dan Trofi)
Tempat Keempat: Dinie Rashid (RM 10,000 dan Trofi)
Tempat Kelima: Fadh Majid (RM 5,000 dan Trofi) 

Pemenang Big Stage Musim 4 (2022)
Musim kali ini memang agak sengit sebab tak boleh nak predict siapa yang akan jadi juara tapi tak kisahlah siapa pun jadi juara yang penting nanti dekat luar diorang boleh survive dan sentiasa bagi yang terbaik untuk industri muzik dan peminat.


 

Juara Big Stage 2022 - Elica Paujin (Trofi Big Stage + RM100,000)
Naib Juara Big Stage 2022 - Daniel Chuer (Trofi Big Stage + RM50,000)
Tempat Ketiga Big Stage 2022 - Aisha Retno ( Trofi Big Stage + RM25,000)
Tempat Keempat Big Stage 2022 - Yazmin Aziz (Trofi Big Stage + RM15,000)
Tempat Kelima Big Stage 2022 - Tegar Septian (Trofi Big Stage +RM10,000)

Pemenang Big Stage Musim 5 (2023) 
Pentas akhir Big Stage Musim 5 telah berlangsung pada 9 Julai menyaksikan 6 peserta berentap menerusi dua segmen solo dan battle. Setiap minggu peserta menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila markah 90+ diberikan kepada peserta top of the week.


Persembahan Paling Pa-Wa : Puteri Khareeza (Wang tunai RM5,000 dari Wawa Cosmetics)
Dominasi Persembahan Terbaik (pilihan Juri) : Aufahanie (Wang tunai RM3,000)


Juara: Wang Tunai :  Nadeera Zaini - RM100,000 & Trofi & single baru daripada Komposer antarabangsa Hyuk Shin
Naib Juara : Waode - Wang Tunai RM30,000 & Trofi
Tempat Ketiga : Putera Muhammad - Wang Tunai RM25,000 & Trofi
Tempat Keempat :  Hoondo - Wang Tunai RM15,000 & Trofi
Tempat Kelima :   Aufahanie - Wang Tunai RM5,000 & Trofi
Tempat Keenam :Puteri Khareeza - Wang Tunai RM5,000 & Trofi


Tahniah kepada semua pemenang, semoga bakal dan terus mewarnai industri hiburan tanahair suatu hari nanti.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post