25 Koleksi Ucapan/Pantun Selamat Berpuasa 2024 Terbaik

Koleksi Terbaik Pantun Dan Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan 2024 Terkini dalam bahasa Malaysia / English.  

Zakir On Dribble

Pasti ramai di luar sana akan berpusu mencari idea ucapan selamat Berpuasa / Selamat berbuka kepada yang rakan taulan, sanak-saudara, group Whatsapp serta mereka yang tersayang.

Jadi jom kita selongkar koleksi terkini kata-kata ucapan selamat berpuasa di bulan Ramadan Al- Mubarak.

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna".
Eh! nyanyi pulak dia.
Just Nak ucapkan
Selamat menyambut bulan Ramadan. 


ACCOUNT NOTICE!
Pls note that your PAHALA balance is not sufficient to maintain your AKHIRAT account.
Pls recharge your AMALAN to reload your SYURGA credit line.
Happy Ramadan Eid.

Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. 
Jika hati seindah bulan, hiasi dengan senyuman. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Marhaban Ya Ramadan,
Cuma Nak Minta Maaf dan mengingatkan siap-siap nanti pagi sahur dan malam tarawih.
Selamat berpuasa di bulan Ramadan.




Tidak ada manusia yang lari dari melakukan kesilapan,
Terkadang lidah menorehkan kesedihan di hati tersayang,
Tidak ada lagi yang ingin diucapkan,
Selain mohon maaf menyambut Ramadan, Maaf Zahir dan batin.

Hapuskan dendam. 
Bersihkan hati. 
Luruskan niat. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Sucikan hati, 
sucikan jiwa dan bersihkan pikiran. 
Marhaban Ya Ramadan. 
Selamat berpuasa.


Tiada kenikmatan selain nikmatnya bulan Ramadan. 
Manfaatkan waktu yang ada, untuk meraih segala kebaikan.
Selamat menyambut bulan Ramadan.


Puasa itu hanya 1% menahan diri dari makan dan lapar, 
99% pula untuk membawa hati dan jiwa lebih dekat kepada Allah.
Selamat menyambut bulan Ramadan.


Baik yang besar ataupun kecil
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati
Harap dimaafkan.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan


Dalam bergurau, kadangkala ada yang terasa.
Dalam bermanja, kadangkala ada yang rimas.
Dalam bermain, kadangkala ada yang jatuh.
Terima kasih kerana menjadi rakan yang baik.
Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.
Selamat menyambut ramadan al-Mubarak.


Renung kembali segala amalan dibulan ramadan yang lalu, 
adakah sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat. 
Jom perbaiki amalan di bulan ramadan ini. 
Marhaban yang Ramadan. 


Ramadan ini Marilah kita KAHWIN
K : Kurangkan Dosa Kita
A : Awali perbuatan dengan Doa
H : Hapuskan prasangka hilangkan sengketa
W : Waktunya Kita menambah Pahala
I : Ingatlah kita hidup di dunia hanya sementara
N : Niatkan diri untuk mencapai syurga
Jangan lupa kirim ke kawan-kawan ya! Biar yang KAHWIN nya ramai-ramai


Jika hati sejernih air  jangan biarkan ia KERUH
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia MENDUNG
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.
Taqabalallahu Minna Waminkum…
Selamat menyambut bulan ramadan 


Koleksi Pantun Puasa
Ramadan Kareem


Negeri Melayu Adat Terpandang,
Syariat Islam jadi pegangan,
Kini Ramadan Sudahpun menjelang,
Salah dan khilaf harap dimaafkan.
Selamat berpuasa di bulan Ramadan.


Bulan Ramadan telah tiba
Ampun dan maaf pada semua
Atas segala salah silap dan kata-kata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya


Sungguh cantik kain pelikat, 
dipakai orang pulang ke pekan.
Ramadan yang suci sudahlah tiba, 
Salah dan silap harap dimaafkan.

Setitik tinta jadi Noda,
Setitik Salah Jadi Dosa,
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadan, Sambutlah dengan Kesederhanaan.

Senandung gema suara Azan...
berkumandang sunyi menghentak...
teruntai salam bermaafan...
menyambut Ramadan Mubarak...
Marhaban Yaa Ramahan...


Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK


Buka hati ada CINTA,
Buka pikiran ada INGATAN,
Buka mata ada pintu REZEKI,
Buka handpone ada 1 PESAN,
Selamat menjalankan Ibadah puasa di Bulan Ramadan.


Sungguh cantik kain pelikat, 
dipakai orang pulang ke pekan.
Ramadan yang suci sudahlah dekat, 
Salah dan silap harap dimaafkan.


Bila ada langkah membekas lara
Bila ada kata merangkai dusta
Bila ada tingkah menoreh luka
Ku mohon maaf zahir dan batin
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa pada bulan Ramadan

Gersang bumi tanpa hujan
Gersang akal tanpa ilmu
Gersang hati tanpa iman
Gersang jiwa tanpa amal
Marhaban ya Ramadan
Selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin.

Tiada kemenangan tanpa zikrullah
Tiada amal tanpa keikhlasan
Tiada keampunan tanpa kemaafan
Selamat menyambut bulan Ramadan.


Mencuci tangan di pinggir telaga,
Pohon serumpun indah di tepiannya,
Bulan suci Ramadan hampirlah tiba,
Mohon ampun maaf di pinta.


Ke Kuala Pilah hari Selasa
Pulang pergi naik kereta
Sehari lagi kita puasa
Mohon maaf kalau ada salah kata
Marhaban Ya Ramadan





Sekian, Selamat menyambuat Ramadan Al-Mubarak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post