6 Saluran Terbaik Simpan Duit Raya Anak Untuk Jaminan Masa Depan

SETIAP kali Syawal, anak-anak paling murah rezeki bila diberikan duit raya dari saudara mara serta tuan rumah ketika berkunjung.

Cerita pasal duit raya ini, jangan terkejut kalau ada yang dapat sehingga cecah ribuan ringgit setiap kali raya.


Ibu bapa pula diamanahkan untuk menyimpan duit raya mereka terutama bagi anak yang masih kecil.

Selain menabung, seorang pengguna laman sosial Facebook telah berkongsi tip bijak simpan duit raya anak. jadi jom kita selongkar 5 tempat simpan duit raya terbaik untuk anak-anak.

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA
Amanah Hartanah Bumiputera. Ia adalah sejenis dana amanah yang melabur hanya di sektor hartanah. Keuntungannya adalah dari pemilikan aset hartanah dan penyewaannya. Dana ini memberikan pulangan setiap 6 bulan. Ini bermakna 2 kali setahun (bulan Mac dan September). Kadar dividen adalah 6.6% setahun. Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. 

Jadi kita boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya. Boleh semak kuota di Maybank dan Ambank. Ia adalah terhad.


TABUNG HAJI
Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji. Ketika anak saya baru lahir, saya gunakan duit hadiah dari orang ramai kepadanya untuk membuka dan mendaftarkan haji untuknya. Gilirannya adalah apabila dia berumur 60 tahun. Kadar bonus adalah 4.25% + 1.5%. Bonus ini akan terus dimasukkan kedalam akaun yang sama.

Buka Akaun Tabung Haji
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6,220 
Nilai dividen: RM4,706 
Jumlah simpanan: RM10,926
6) Ini tidak termasuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati. Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.


EMAS
1 kaedah yang sangat jarang orang tahu. Ia adalah 1 lagi alternatif pelaburan jangka panjang. Kita kini boleh membuka akaun simpanan emas untuk anak-anak kita. Kini terdapat akaun emas yang disokong oleh emas sebenar. Jadi kita boleh mengambil emasnya apabila perlu. Kelebihannya ialah ia terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi. Jika dilihat dari data 13 tahun, emas menunjukkan keuntungan purata 21.95%. Sekiranya perlu menggunakannya, kita hanya perlu menjual atau pajak sahaja. Amat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan. Sekiranya anda berminat menyimpan duit raya anak tersayang ke dalam akaun emas.

ASB
Apa yang menarik, peserta yang layak adalah mereka yang berusia 18 tahun dan ke bawah untuk menggalakkan orang ramai, terutama ibu bapa, penjaga supaya melaburkan duit raya yang diterima anak-anak ke dalam unit amanah ASNB untuk membina tabungan masa depan.

Kelebihan simpan wang dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Modal permulaan yang rendah dan mampu dimiliki dengan serendah RM10.
Portfolio pelaburan yang dipelbagaikan membantu mengurangkan risiko pelaburan.
Pengurusan yang profesional dan berpengalaman.
Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh Amanah Raya Trustees Berhad, sebagai pemegang amanah.

Kekurangan 
simpan wang dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)Hanya terbuka kepada golongan Bumiputera.

SSPN-i 
Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Ia adalah 1 cara menyimpan dana pendidikan. Syarat untuk melayakkan anak kita membuat pinjaman PTPTN adalah memiliki simpanan dalam akaun SSPN-i. Pelbagai tawaran di sediakan kepada penyimpan disini antaranya takaful (hanya untuk pakej berlian), geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai (terhad RM6000 setahun. 

Nilai ini akan ditolak dari nilai pendapatan kena cukai. Jika anda adalah pembayar cukai, ini adalah peluang terbaik. Kadar keuntungan purata untuk RM6000 ini boleh naik kepada 24% hasil tambahan untuk purata 4% dan 20% pengecualian cukai). Kadar keuntungan purata adalah 4%.


UNIT TRUST
Ini jarang orang buat atau tak tahu. Boleh je buat akaun UT untuk anak. Buat joint account. Antara semua tempat simpan, ni paling best. Anggaran keuntungan agak tinggi berbanding cara simpan yang lain-lain tu. Cuba anggarkan keuntungan 8% setahun, kalau simpan untuk anak-anak RM500 setahun, lepas 18 tahun boleh dapat RM20,200.

Unit trust ... Mcm ASB.. ASB adalah unit trust harga tetap.. under goverment.. Unit Trust adalah unit Amanah under swasta...

Ini jika semata-mata duit raya, bayangkan mak dan ayah buat potongan bulanan untuk tabungan anak-anak, tak kiralah RM10, RM30 mahupun RM50 dan semuanya berlangsung selama 18 tahun. Sudah tentu jumlahnya akan berbeza.


Tuan-tuan, kasut kita tidak sama, ada berjenama, ada yang beli pasar malam, ada lebar ada panjang. Bukan nilai yang dicanang, namun dah mula ke belum? Itu yang penting. Eh, lama 18 tahun. Ya lah, nama pun simpanan. Tak da lagi bank yang simpan hari ini esok untung 200%. Yang penting kita mula.

Jadi buatlah pilihan terbaik dimana-mana instrument yang dinyatakan. 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post