30 Jenis Mercun & Bunga Api Legend Yang Mengimbau Nostalgia Waktu Kecil

Sebaik saja Bulan Ramadan tiba, maka bermulalah musim bermain mercun. Saban tahun mesti ada yang menjadi mangsa mercun dan akibatnya terpaksa beraya di dalam wad. Namun itu tidak menghalang keberanian kanak-kanak untuk mencuba pelbagai jenis Mercun tidak kira yang tradisional ataupun mercun yang dijual di pasaran secara haram.

Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut. Jom saksikan 18 jenis mercun yang selalu menjadi pilihan ketika musim perayaan tiba.


1. MERCUN PAPAN





Mercun papan ni agak femes masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.

2. MERCUN BOLA



Tengok bentuk dah tau kan ni jenis mercun apa? ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang boolat seperti bola. Mercun ni agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nanti.

3. MERCUN TELUR



Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun ni macam telur ayam bukan telur orang ok. Saiznya lebih kurang macam telur ayam (GRED kecik) yang korang beli di kedai runcit tu. Rupanya sama macam bentuk tikam masuk Rm0.20sen tu dapat telur yang ada hadiah2 tu...cuma yang mercun telur ni takde hadiah tapi meletup je.
4. MERCUN MANCIS





Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu. Mercun ni boleh guna untuk bom ikan di sungai.

5. MERCUN KETUPAT



Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.

6. MERCUN LEBAH



Mercun ni di gelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.


MERCUN KATAK
Yang ni meletup sambil melompat lompat.



7. MERCUN NAGA



Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyi nya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dapat lah nak beraya.


MERCUN AYAM



8. MERCUN ROKET



Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. harga dulu 30 sen sebatang.

9. THUNDER CLAP

Mercun ini lah kalau dibakar dia ada bunyi ikonik etttttt...pop
meletup kuat di udara. Gile legend nih.



10. POP POP

Mercun yang paling selamat untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis manja



11. MERCUN DAS



12. MERCUN DAS
Mengeluarkan banyak warna



13. MERCUN TARIK
Tarik tali kiri dan kanan pastu meletop.



14. KING BOM/MERDEKA



15.  MERCUN BUNGA WARNA
Cantik mercun bunga ni bila dibakar akan keluar firework ke atas



16. MERCUN GASING
Gasing, bila sudah berpusing ligat memang cukup cantik. Warnanya boleh berubah-ubah.




17. KENTANG / PINANG



18.  MAGIC POP
Nak kata mercun ya ke bukan la sebab dia meletop jugak tapi dijual di balik jajan. Magic Pop ni kena tekan sampai permukaannya bergelumbung dan biarkan sekejap lalu dia pun meletop.



19. BUNGA API ASAP SATE



BUNGA API ASAP PENDEK


BUNGA API BESI/kucing
Antara bunga api yang cantik macam firework, sebab bila terbakar ada bentuk bunga api



ROKET



ROKET KELAPA

 


MERCUN BOTOL



PERIUK API



MERCUN FIREWORK KLCC



EXTRA

MERIAM BULOH

Mengunakan elemen kabait + air liru + api + buloh. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ni, tapi tidak memuaskan hati jiran jiran sebelah & juga akan mencederakan diri sendiri.


MERCUN PLUG MOTOR
pergh sekali meletup depa mata, mau berdiri bulu roma
- Ini mercun bikin sendiri punya. Cari mana-mana plug ikat bawahnya dengan kain panjang-panjang pastu kat atas letak skru/paku dan dalam lubang letak belerang. Baling tinggi-tinggi dan kalau kena atas jalan TAR confirm meletup kuat.



Kredit Gambar : Carigold

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post