Cara Renew Passport Secara Atas Talian Sejak Tak Boleh Walk-In Untuk Pembaharuan Passport

Korang tahu tak start 11 Mei 2022, dah tak boleh walk-in utk renew passport? Semua buat online je skrg.
  

Walk-in cuma untuk permohonan first time, warga emas, OKU, kanak kanak, hilang & rosak je.

Mulai 11 Mei 2022 mesti ramai yang passport dah expired selepas 2 tahun pandemik tidak boleh keluar
 
Cara nak RENEW PASSPORT ONLINE

Sebelum nak isi details passport, korang kena standby Passport lama & softcopy gambar yang sudah diambil mengikut kriteria yang dibenarkan.



2. Dah baca T&C semua, tekan “SETUJU”


3. Korang ready sesiap passport lama utk korang refer utk isi semua maklumat korang.


4. Then dia bagi list pejabat utk korang pilih nak pick up passport nanti.
 
Bila boleh pick up tu nanti auto dlm system based on date & time of renew. Nak siap on same day? Boleh! Renew sebelum jam 3 petang hari bekerja.
 
5. Upload gambar:
• Background colour putih (wajib)
• Pakaian warna gelap
• Kalau pakai tudung, pun wajib warna gelap
• Upload soft copy (bukan gambar polaroid)


Gambar boleh ambil guna Aplikasi Passport Size Photo Maker / Dapatkan softcopy gambar berukuran pasport di kedai gambar berdekatan anda.

6. Last skali buat payment

• Guna direct debit (FPX) / credit card
• Permohonan biasa (13-59tahun) RM200
• Warga emas (60tahun keatas) RM100
• Make sure resit simpan tau!

7. Nanti pick up, tuan badan kena pick up sendiri. Tak boleh wakil 

• Bawak IC, passport lama & resit bayaran.
• Kalau bawah 18tahun, kena pick up dgn penjaga & bawak sijil lahir skali
 
Settle! Senang kan? 
Make sure simpan resit! Untuk pickup, korang yang kena pegi pickup sendiri ya. Tak boleh wakil! Nanti kena tunjuk IC, passport lama & resit payment. Untuk pemohon bawah 18 tahun, kena pickup bersama penjaga & bawak sijil lahir.

Lagi senang kalau renew online kan! Walaupun ramai yang mengeluh kenapa tak boleh Walk-in tapi percayalah selepas lihat beratur panjang di kaunter, mesti nyesal kenapa tak buat online tinggal datang pickup je. 


So, kalau nak renew, refer je thread ni & yang taknak renew lagi pun, save siap siap utk refer di kemudian hari.

NOTE
Isu renew passport ... 
yes mmg lecey sikit , dah renew online process nyaa sama mcm permohonan baru 
bagi yg dah renew Alhamdulilah moga selamat sampai ke destinasi ,
bagi yg baru nk renew pless baca² apa yg patut 
bab gambar , ampa upload jaa bnyk kali , mcm saya tgkp gmbar kt dinding putih , then edit dekat app photo retouch... ( jimat duit )
so upload jaa,, nti dia akn lepas jugak 
bila dah lepas semua last step untk payment make sure print resit pembayaran .. kalau x dak resit depa x kn layan ..
bila dah siap semua ,, sampai email cakap cop jari x sah , so abaikan jaa . nnti p jabatan imi bawa resit td then tunjuk pada depa . nnti depa bgi no so ikut jaa mcm first buat dulu 
bagi yg rambut berkaler , kalau nk p bgi basah² sikit rambut tuu supaya x nampak kaler , tidak dia punya beletiaq x cukup hari  kesian amoi tu smlm ..
laki pakai baju koler .. tuu jaa 
hari tuu p pagi .. ambk no pukul 9 pukul 1 no x boleh panggil lagi .. last² balik mcm tu jaa
semalam p waktu malam , kaunter buka pukul 8 - 10mlm ,
ambk no pukul 8 ,,, pukul 9 siap ... ada laa 4 org termasuk saya ... settle juga akhirnyaa
kalau nak cepat pi laa malam

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post