8 Contoh Binaan Tambahan Tanpa Kebenaran Yang Dilarang Di Kawasan Flat Perumahan

CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT - Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal buat tambahan macam duduk corner lot. 

Foto : LUMUT, Perak

PBT kalau boleh tak nak lah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tidak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.


Seorang arkitek, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli dari Sabirin Rosli Architect yang juga merupakan seorang pereka hiasan dalaman di Deco Guru telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi memberi sedikit penjelasan kepada orang ramai mengenai isu ini.
 
Contoh rekaan rumah Flat tipikal di kebanyakan area Lembah Klang.


1. Tambah Flat Corner Lot



2. Tambah Belakang


3. Extend Belakang Siap Ada Tiang








Kalau perumahan yg jenis banyak blok, parking setempat, laluan pejalan kaki ni biasanya bersambung antara blok..

Jadi bila ada yg buat tambahan rumah macam ni, laluan tu jadi terputus..
Bila hujan tak pasal2 kena redah lecak bagai.
  
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.

Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahaja lah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat diatas tanah bukan bahagian kita? Common sense.

Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.

Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.

Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.

Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Anda ada dalam list ni tak? Haha

Sumber : Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Hidup Wangsa Maju!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post