12 Idea Masakan Guna Pes Sambal Chef-Ku, Campak-Campak Je Jadi

Resipi kini lebih mudah dengan sambal tumis segera daripada pengeluar tempatan. Jadi jom kita selongkar resipi menarik yang boleh cuba buat menggunakan produk dari pes sambal Chef Ku.

TORTILLA CHEESE GULUNG SAMBAL TUMIS UDANG.



Bahan-bahan Sambal Tumis Udang :
  • 1 paket Pes Sambal Tumis Chef-Ku Signature.
  • 1 sudu makan minyak masak.
  • 12 ekor udang sederhana besar, dibuang kulit dan dipotong kecil.
  • 3 batang isi ketam, dipotong kecil.
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus.
  • 1 biji bawang merah dihiris halus.
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1/2 batang lobak dipotong dadu.
  • 1 sudu sos tiram.
  • Sedikit air.
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.
Bahan-bahan untuk Roti Tortilla :

6 keping roti Tortilla Wholemeal.
6 keping keju Cheddar.
6 sudu makan mayonis.
6 sudu makan sos salad bijan panggang.
3 biji cili padi dipotong halus.
Parsley kering untuk hiasan.
12 batang pencungkil gigi.

Cara penyediaan :
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau.
- Masukkan 1 paket Pes Sambal Tumis Chef-Ku Signature. Tumis sekejap hingga sambal bertukar warna.
- Masukkan lobak dan sedikit air, masak sehingga tekstur lobak menjadi sedikit lembut.
- Kemudian masukkan udang dan isi ketam.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar, sedikit garam dan sedikit serbuk perasa.

Cara menggulung roti Tortilla :
- Untuk gulungan roti tortilla, ambil sekeping roti tortilla,sapukan 1 sudu makan mayonis dan 1 sudu makan sos salad bijan panggang.
- Kemudian sapukan 2-3 sudu makan sambal tumis udang Sambal Tumis Chef-Ku Signature.
- Letakkan sekeping keju yang di potong dua, dan disusun memanjang.
- Gulungkan roti tortilla, potong dua. Untuk menampakkan inti pada bahagian dalam.
- Setelah menjadi 2 bahagian, gulungkan roti tortilla tadi menjadi bentuk bulat.
- Cucukkan pencungkil gigi untuk mendapatkan bentuk gulungan yang cantik.
- Taburkan daun parsley untuk hiasan.
- Panaskan oven 150°c, selama 5 minit.
- Masukkan Tortilla Cheese Gulung Sambal Tumis Udang tadi kedalam oven, dan bakarkan selama 8-10 minit pada suhu 150°c.
- Akhir sekali keluarkan pencungkil gigi, dan taburkan cili padi.

Resipi : Rafieda.Hashim

SAMBAL UDANG STRAWBERRY  🍤🍓🍛



Menu yang sedap dan cepat sesuai sangat untuk menu ramadhan nanti tidak perlu besusah payah masak sambal sehingga pecah minyak hanya menggunakan pes sambal chefku semuanya setel 😋✌️Gabungan rasa buah strawberry dan udang digabung bersama dengan pes sambal chefku sangat sedap gaiss.Rasa pedas,manis dan masam bergabung dalam satu menu.Terangkat Sambal udang strawberry kita di makan bersama nasi lemak strawbeery 🍓Selamat mencuba

🍓Bahan(3 hidangan)
400g Udang (bersihkan)-perap dengan kunyit dan garam
1 pack pes Sambal Udang @chefkumy
4 biji strawberry(potong dadu)
2 biji bawang besar/bwg holland(hiris membulat)
Sedikit air

🍓penyediaan
-Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng udang.
-Goreng udang separuh masak.ketepikan
-Tumis strawberry seketika menggunakan lebihan minyak udang tadi.Kemudian masukkan pes sambal tumis chefku.
-Gaul sebati dan masukkan bawang merah.Tidak perlu perasa tambahan kerana pes chefku cukup rasa semuanya.
-Setelah bawang agak layu masukkan udang kemudian gaul kan semua sehingga sebati.
-Dah siap sedia utk dihidang.

Kredit :Aizanaziz31

PIZZA ROTI PARATHA UDANG ASAM PEDAS 
Menu yang ringkas. Menjadi kegemaran seisi keluarga. Berkeping-keping masuk mulut. Tidak perlu bersungguh nak masak asam pedas. Hanya menggunakan pes Asam Pedas Chef-Ku kerja memasak menjadi sangat mudah.



Kredit : sarmilasharif

Pizza Roti Paratha Udang Asam Pedas
Bahan-bahan

  • Roti Paratha frozen
  • 1 pek pes Asam Pedas Chef-Ku
  • 8 ekor udang
  • Tomato ceri. Hiris
  • Daun kesum
  • Cheese mozzarella secukupnya
  • Sedikit serbuk oregano jika suka
Cara Penyediaan
  1. Masukkan pes Asam Pedas Chef-Ku dalam periuk. Tambahan air. Kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
  2. Masukkan udang. Masak selama 4 minit.
  3. Tambahkan daun kesum. Kacau sebati.
  4. Sediakan roti paratha frozen. Letakkan udang asam pedas atas roti.
  5. Susun tomato ceri. Taburkan cheese mozzarella dan sedikit serbuk oregano.
  6. Bakar roti paratha hingga masak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
TILAPIA BAKAR ASAM PEDAS
Wow! Pes Asam Pedas ChefKu terasa asam pedas Melaka yang piaau.. !! Memang padu rasanya bila digabung dengan ikan bakar... Tak perlu cicah air asam dah... makan ikan dengan nasi panas pon sudah lengkap menu makan tengahari kami... Sedap yakmat! 👍👍
 

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan tilapia - saiz sederhana - bersihkan dan kelar badannya
  • 2 paket pes Asam Pedas Chef-Ku
  • Sayur bendir
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
Cara penyediaan :
  1. Masukkan pes asam pedas Chef-Ku ke dalam periuk dan tambah 2 cawan air. Didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan daun kesum dan hirisan bunga kantan untuk menambah aroma.
  2. Alaskan ikan yang kita nak bakar dengan daun pisang atau daun kunyit. Lumur dengan pes asam pedas yang sudah pekat tadi. Tinggalkan separuh untuk dicurah kemudian. Letak dalam aluminium foil & bakar. Jika suka, boleh tambahkan sayur bendir yang dipotong kecil.
  3. Apabila hendak menghidang, curahkan lebihan pes asam pedas tadi ke atas ikan dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba... sedap tau!
Resipi : geehut68


CHICKEN DUMPLING WITH THAI SAUCE

Dengan adanya Pes Chef-Ku, kerja memasak menjadi lebih mudah, Dan pantas kerana setiap pes dilengkapi dengan bahan premium antaranya asam jawa, bawang merah, cili, serai dan banyak lagi. Cara penggunaan nya juga mudah dan paling penting rasanya sedap dan lazat😋
 

By Suhaida Aziz

•• Bahan-bahan Inti :

Kulit wantan secukupnya
2 sudu besar Pes Sambal Tumis Chef-Ku Signature
300g Dada Ayam (kisar halus)
½ biji Bawang Besar (kisar kasar)
1 sudu besar Tepung jagung
1 biji Telur
⅓ cawan Daun Bawang (hiris)
Garam dan Serbuk Perasa secukupnya

** Sedikit air sebagai gam.

Penyediaan:
- Satukan semua bahan inti diatas. Isikan inti ditengah-tengah kulit wantan.
- Lekatkan dengan air, tutupkan inti tadi. Ulangi langkah diatas, buat sehingga habis. Kukus wantan tadi 15 minit.

•• Bahan-bahan Sos Thai :
7 ulas Bawang Putih
15 tangkai Cili api
1 tangkai Akar daun ketumbar
2 tangkai Daun ketumbar (hiris halus)
6-7 biji Limau kasturi
2 ½ sudu besar Sos ikan
Gula dan garam secukupnya

Penyediaan:
- Tumbuk kasar bawang putih, cili api dan akar ketumbar. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Perah jus limau kasturi dan masukkan sos ikan. Tambahkan gula dan garam sedikit sahaja kerana sos ikan sudah ada perasa.
- Sedia dinikmati bersama dumpling.

 
SATE LILIT AYAM BALI ASAM PEDAS

Sate lilit merupakan hidangan terkenal dari kepulauan Bali. Ia tidak sama seperti sate biasa kerana sate bali menggunakan serai atau buluh sebagai batang sate dan pencicahnya sambal matah. Isi dagingnya pula boleh dipelbagaikan menggunakan daging ayam, lembu, ikan dan lain-lain.

Rasanya bertambah enak dan lazat dengan tambahan istimewa Pes Asam Pedas Chef-Ku Signature serta aroma daripada serai dan rempah ratus yang diperap sempurna pasti mampu memikat selera. Jom cuba buat!



By Suhaida Aziz

•• Bahan-bahan:
2 sudu besar Pes Asam Pedas Chef-Ku Signature
350g Dada Ayam (kisar halus)
35g Kelapa parut putih
15 batang Serai
3 Helai Daun limau purut (hiris halus)
1 sudu kecil Serbuk Pati Ayam
½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk kunyit
35 ml Santan kelapa
30 ml Minyak masak

•• Bahan Kisar :
15 biji Cili api
1 biji Bawang besar
7 ulas Bawang putih
1 biji Buah keras
2 batang Serai
Air secukupnya

•• Bahan sambal matah:
10 biji Cili api (hiris halus)
5 biji Bawang merah kecil (hiris halus)
2 biji Limau kasturi

Penyediaan:
- Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, Pes Asam Pedas Chef-Ku Signature dan tumis hingga harum. Angkat ketepikan.
- Bersihkan serai kemudian ketuk sedikit.
- Dalam mangkuk besar, satukan ayam, kelapa parut, bahan tumis tadi, garam, santan kelapa, serbuk pati ayam dan hirisan daun limau purut, gaulkan sebati.
- Ambil sebatang serai dan lilitkan adunan sate kemudian kepal-kepal kemas. Buat hingga habis.
- Panaskan kuali non-stick bakar sate hingga masak sepenuhnya.
- Hidang sate lilit ayam bersama nasi panas dan sambal matah. Selamat mencuba 😊

Kredit : suhaida_aziz258

BEEF CURRY CROWN LOAF




Bahan-bahan:

🔸Inti Kari Daging
2 sdb minyak masak
1 biji bawang besar (potong dadu)
200g daging kisar
1 pek Kari Daging Chef-Ku
½ sdk garam

🔸Doh

300g tepung gandum
1 sdk garam
1 sdk gula
7g yis segera
50g mentega
135ml susu suam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar.
3. Masukkan daging kisar dan masak hingga airnya kering.
4. Masukkan Kari Daging Chef-Ku dan sedikit air.
5. Masak sehingga sedikit kering.
6. Perasakan dengan garam dan ketepikan.
7. Dalam satu mixing bowl, masukkan tepung, garam, gula dan yis.
8. Masukkan mentega dan ramas sehingga sebati.
9. Masukkan telur dan susu suam.
10. Gaul hingga membentuk doh.
11. Uli selama 5 minit.
12. Keluarkan dan bulat-bulatkan.
13. Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan tuala dan rehatkan selama 30 minit sehingga mengembang dua kali ganda.
14. Tumbuk untuk keluarkan udara.
15. Pindahkan ke atas permukaan rata.
16. Menggunakan rolling pin, bentukkan doh kepada ukuran 30 x 40 cm.
17. Letakkan inti kari daging dan sapu rata ke seluruh doh.
18. Gulung doh dari sisi yang panjang.
19. Belah doh secara memanjang dan tinggalkan ±1 inci tanpa belahan.
20. Putar doh dengan inti ke atas.
21. Pintal doh membulat dan temukan dua hujung doh.
22. Pindahkan ke atas baking pan.
23. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 30 minit.
24. Hiaskan dengan daun ketumbar dan siap dihidang.

KARI MEATBALL QUICHE
By Kak Wan



KARI MEATBALL :
1 bungkus PES KARI DAGING CHEF-KU
100 gm Meat Ball
50 gm bawang Holland dadu
1 sudu kecil pes halia
1/4 cawan air
1/4 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula

Hirisan Cili Merah dan Daun Ketumbar untuk hiasan

BANCUHAN TELUR :
40 ml whipping cream
60 ml susu cair
1 biji telur, kocok ringan

PENYEDIAAN KARI MEATBALL :
Panaskan minyak, tumis bawang dan pes halia hingga wangi.
Masukkan meatball dan air. Masak sebentar.
Masukkan santan dan PES KARI DAGING CHEF-KU.
Tambah sedikit garam dan gula.
Masak hingga kuah hampir kering.
Sejukkan dahulu.

KULIT TART :
200 gm tepung gandum
100 gm Marjerin
1 kuning telur
3 sudu besar air ais

PENYEDIAAN KULIT TART :
Satukan Marjerin dan tepung.
Gaul rata dan masukkan kuning telur dan air ais.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Kemudian tekan ke dalam acuan tart.
Cucuk dasarnya dengan garpu.
Oven selama 20 minit pada suhu 170C.
Sejuk kan dahulu.
Satukan bancuhan telur, kocok ringan.
Isikan meatball ke dalam kulit tart
Tuang sedikit bancuhan telur.
Tabur sedikit cili hiris dan daun ketumbar.
Oven selama 15 minit hingga bancuhan telur masak.

@kakwan_ct

BUNNY CHOW
'Bunny Chow' adalah makanan jalanan yang berasal dari Afrika Selatan. Hanya 2 komponen utama dalam masakan ini iaitu roti dan kari daging kambing ( boleh juga diganti dengan daging lembu, ayam atau kacang jika anda vegetarian).

Saya memilih pes kari daging dari jenama ChefKu kerana ianya sangat meringkaskan masa saya di dapur. Hanya tuang sahaja pes, tambah sedikit sahaja 'pelakon tambahan', nah! Masakan saya menjadi sedap dengan rasanya yang berempah dan sangat menyelerakan.

 

Resepi Bunny Chow bowl

Bahan-bahan:
Dipotong dadu kecil
• 300gm Daging
• Setengah biji bawang holland
• 2 biji kentang
• 1 biji tomato merah besar
• Serbuk paprika
• Serbuk garam masala
• Serbuk lada hitam
• 1 sudu gula merah
• Pes kari ChefKu
• Daun ketumbar
• 2 cawan air
• Sebiji roti berbentuk 'bowl'. Jika tiada, boleh guna roti loaf (belah dua sahaja)

Cara memasak
1. Tumis bawang holland, daging, kentang sehingga daging setengah masak.
2. Taburkan sedikit serbuk paprika, garam masala,lada hitam dan gula merah. Tuang secawan air dan biarkan kentang empuk.
3. Masukkan pes kari ChefKu. Tuang secawan air lagi dan gaul rata kesemuanya.
4. Biarkan sekejap hingga kuah sedikit pekat. Matikan api.
5. Ambil roti bowl , potong suku roti di bahagian sebelah atas. Korek sedikit isi roti didalamnya. Asingkan isi roti.
6. Masukkan kari daging ke dalam roti bowl tadi perlahan-lahan.
7. Taburkan daun ketumbar. Siap dihidang. Boleh makan cecah bersama inti roti yang diasingkan tadi.

Selamat mencuba!!

Resiipi : haniosem

RESEPI LEMANG BERINTI RENDANG

Jom kita cuba buat lemang Berinti rendang menggunakan pes Rendang daripada @chefkumy , Sangat mudah dan cepat. Jimat masa, tenaga dan tak perlu nak sediakan banyak bahan. yang penting sedap dan mudah dimasak 😉 👍🏼



Bahan-bahan :
Bahan A : lemang pulut
2 Cawan Beras Pulut (Rendam 1 jam)
1 kotak Santan
Sedikit garam

Bahan B : Rendang Ayam
Isi ayam (potong kecil)
1 paket Pes Rendang @chefkumy
1/3 cawan Santan
4 helai Daun limau purut (hiris)
1 helai Daun kunyit (hiris)
Sedikit minyak
Daun pisang (layur dengan api)
Plastik wrapping

Cara-cara :
1. Didalam periuk masukkan sedikit minyak, tumis pes rendang kemudian masukkan isi ayam. Kacau sehingga ayam masak.
2. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Masak sehingga rendang pekat. Siap dan ketepikan.
3. Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian basuh dan toskan, kukus selama 30 minit separuh masak.
4. Setelah masak, masukkan santan dan sedikit garam dalam pulut tadi. Gaul rata. Ketepikan.
5. Sediakan daun pisang, sendukkan pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letak rendang ayam tadi.Gulung daun pisang dan Balut dengan plastik wrapping supaya menjadi kemas.
5. Kukus semula lemang selama 30 minit.

SHELLOUT TAK GADUH
"Shellout Tak Gaduh " nama hidangan,
Terhidang meriah sungguh mengiurkan,
4 RASA menyatu eratkan ikatan,
Chef-Ku lah rahsia penuh kejutan!



Shellout Kari Buat Sofea,
Asam Pedas istimewa buat papa,
Shellout Rendang untuk si mama ,
Sambal Tumis pula buat semua!

Pes Chef-Ku memang mantap,
Lengkapnya Rasa senang dan cepat,
4 rasa Shellout dah pun siap,
Sepqntas kilat sedap dan lazat!

Bahan-Bahan Lauk dan sayur:
LAUK:
Kerang ,Udang,Sotong,Lala

SAYURAN:
Jagung, Brokoli,Tomato,Salad, kubis ungu & Lada Benggala sebagai hiasan.
Lemon, Limau Nipis

Bawang putih, Bawang Bombay
Serai,Daun limau purut,Kicap Pekat 3 sdb.
( Kesemua bahan kategori lauk dan sayur direbus sehingga masak dan ditapis, untuk sayur hanya perlu dimasak seketika agar tidak terlalu lembik)


SHELLOUT SAMBAL TUMIS
1) Panaskan minyak masak 3 sudu besar
2) Tumis sebentar bawang putih dan Bawang besar.
3) Masukkan 1 pek Pes Sambal Tumis Chef-Ku. Biarkan seketika agar bahan merata.
4) Masukkan 3 sudu besar kicap pekat.
5) Masukkan bahan lauk tadi dan kacau merata.
6) Setelah sebati Siap untuk dihidangkan.

SHELLOUT RENDANG
1) Panaskan minyak masak 3 sudu besar
2) Tumis sebentar bawang putih,Bawang besar dan serai.
3) Masukkan 1 pek Pes Rendang Chef-Ku. Biarkan seketika agar bahan merata.
4) Masukkan daun limau purut.
5) Masukkan bahan lauk tadi dan kacau merata.
6) Setelah sebati Siap untuk dihidangkan.

SHELLOUT KARI
1) Panaskan minyak masak 3 sudu besar
2) Tumis sebentar bawang putih.
3) Masukkan 1 pek Pes Kari Chef-Ku. Biarkan seketika agar bahan merata.
4) Masukkan bahan lauk tadi dan kacau merata.
5) Setelah sebati Siap untuk dihidangkan.

SHELLOUT ASAM PEDAS
1) Panaskan minyak masak 3 sudu besar
2) Tumis bawang putih,Bawang besar,serai.
3) Masukkan 1 pek Pes Asam Pedas Chef-Ku. Biarkan seketika agar bahan merata.
4) Masukkan bahan lauk tadi dan kacau merata.
6) Siap untuk dihidangkan.

Resipi : abi_sofea

SIPUT SEDUT SAMBAL
Cepat, mudah dan sedap dengan menggunakan Chef-Ku Pes Sambal Tumis (all purpose sambal paste) untuk siput sedut. Memang making great meals at home... anytime.


Bahan-bahan:
1 paket Chef-Ku Pes Sambal Tumis
1 kg siput sedut (dicuci beberapa kali & potong sedikit hujung siput sedut)
1 genggam sayur masin halus (direndam terlebih dahulu)
1 batang serai

Cara:
Panaskan kuali, masukkan 1 paket Chef-Ku Pes Sambal Tumis, sayur masin halus dan serai. Tumis selama seminit.

Masukkan sedikit air, siput sedut. Tumis dengan api besar selama 5 minit dan kacau rata. Dah siap... senangkan.

Resipi : janet_quik

Sekian, Selamat mencuba

Kredit : Rasa

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post