7 Sebab Pasukan Hoki Lelaki Malaysia Kuat Sampai Pergi Kejohanan Dunia

Ini adalah sebab kenapa Pasukan Hoki Lelaki Malaysia kuat Ini berdasarkan pengetahuan aku kalau org hoki nak betulkan atau nak tambah silakan 




1) SISTEM AKAR UMBI KUKUH 
Ini kena ucap terima kasih kat Cikgu cikgu sekolah dan Jurulatih yg berjaya gilap bakat sejak sekolah

Macam aku aku main hoki bermula darjah 4 Dan lagi satu bakat yg digilap ini kebanyakannya tidak hilang dan banyak pilihan untuk skuad kebangsaan Ini berkait rapat dgn sbb no 2 .

2) PERTANDINGAN BELIA YG KOMPETITIF 
Hoki ni sistem pertandingan belia dia kompetitif

Sbb apa di peringkat sekolah kita ada MSSD, MSSN dan MSSM Kalau bakat tu pergi SBP Ada HKSBP Zon dan Kebangsaan Kita juga ada Liga Hoki Remaja Malaysia dan juga Piala Tun Razak di peringkat atas Dan di setiap peringkat ini ada sekolah projek yg menghasilkan pasukan berkualiti menjadikan pertandingan jadi lebih sengit. Biasanya ini di peringkat negeri dan juga sekolah sukan Negeri negeri pun ada pasukan hasil daripada sekolah ni Sebagai contoh TNB memilih beberapa sekolah sbg sebahagian daripada Program TNB Thunderbolt

Sekolah Sukan setiap negeri juga hasilkan bakat berkualiti bukan sekadar terhad kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar Belum campur pasukan kuat di peringkat SBP Persatuan Hoki negeri pun banyak buat pertandingan di peringkat belia

Cam bawah 12,15 dan 18 tahun Atas 18 tahun ada Liga Hoki Remaja Malaysia dan Piala Tun Razak Tak campur universiti lagi ada MASUM dan SUKIPT Setiap ini ada pertandingan jadikan persaingan dan pilihan utk skuad kebangsaan lebih menarik

Malaysia jugak anjurkan Kejohanan antarabangsa cam Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Sultan Johor

3) FASILITI YANG PADU 

Fasiliti Hoki Malaysia antara yg terbaik di dunia Padang hoki warna biru. Malaysia antara pelopor terawal sebelum kini digunakan di peringkat antarabangsa Di setiap negeri ada padang hoki dan ada sebahagian sekolah ada padang hoki

Malaysia ni pun biasa anjurkan Kejohanan bertaraf antarabangsa macam Piala Dunia pada 2002 dan Piala Asia jadi padang fasiliti tu dh bertaraf antarabangsa Malaysia akan anjurkan Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan

4) PROGRAM KEJURULATIHAN YANG PADU 

Konfederasi Hoki Malaysia sentiasa mengadakan kursus untuk Jurulatih jurulatih dan cikgu Cikgu sekolah yg terlibat dgn hoki supaya dpt lesen jurulatih yg setaraf FIH

FIH ialah Persekutuan Hoki Dunia macam FIFA untuk bola Jadi bila ramai jurulatih berkualiti pasukan akan lebih berkualiti 

5) DANA 

Tenaga Nasional Berhad dah lama jadi penaja Pasukan Kebangsaan Belum campur Sapura dan Maybank yg sumbang menerusi pasukan di Liga Hoki Malaysia

Jadi dana tu takda hal sgt 

6) LEGENDA MENYUMBANG SEMULA 

Ramai legenda hoki Malaysia kekal aktif dalam hoki sumbang kepakaran Contoh Datuk Mirnawan Nawawi yg jadi Pengurus Pasukan Kebangsaan sekarang Dan Amin Rahim yg jadi Jurulatih TNB di Liga Hoki Malaysia

7) SISTEM MHC 

Akhirnya sistem hoki Malaysia yg betul dari atas hingga bawah Serta komitmen yang dibuat para guru dan Jurulatih jadikan Pasukan Hoki Malaysia tidak ketandusan bakat sampai skrg MHC juga perkenalkan beberapa program yg berjaya antaranya Projek 2012

Di mana Pasukan Hoki Lelaki Remaja Malaysia mara ke Separuh Akhir Piala Dunia Hoki Remaja Pasukan itu juga muncul Juara Asia di Bukit Serindit, Melaka Antara bakat yg kekal ialah Firhan Ashaari dan Nur Syafiq Sumatri

Tu jelah kot Yang menyebabkan aku rasa Pasukan Hoki Malaysia kekal kuat Cuma aku percaya Pasukan kita boleh pergi lebih jauh Boleh pergi cabar pingat di Sukan Olimpik dan juga cabar trofi Di Piala Dunia Harapnya di Piala Dunia Hoki Lelaki 2023 kita berjaya pergi jauh

Dah cukup ah bebel Esok nak bebel Top Gun Maverick lak haha Selamat Malam Kalau org hoki nak betulkan saya terima je

Lupa nak tambah Malaysia ni ada DNA sendiri Dulu di bawah Paul Lissek buat formasi 3-3-3-1 Skrg Main 4-3-3 Atau 3-5-2 Tapi di peringkat bawah semua dh biasa dgn sistem ni.

Kredit : Irfan_newboys

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post