Cara Pergi Ke WTCKL Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL Guna Pengangkutan Awam / Kenderaan Sendiri

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung di lokasi kegemaran ramai, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur / World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)*.


Berikut adalah maklumat asas tentang WTCKL bagi yang baru pertama kali akan hadir ataupun yang sudah lupa.



Pengangkutan Awam
• LRT: Stesen PWTC.

• KTM Komuter: Stesen Putra.

• Grab: Cari destinasi "World Trade Centre" atau "Pusat Dagangan Dunia", pilih "WTCKL - World Trade Centre Kuala Lumpur - Main Entrance".

• Dari KLIA/KLIA2, naik ERL ataupun bas ke KL Sentral, kemudian naik KL Monorel ke Stesen Titiwangsa, dan tukar ke LRT Ampang Line untuk ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen LRT Kelana Jaya Line (Gombak) ke Stesen Masjid Jamek, dan tukar ke LRT Ampang Line untuk ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen LRT Putra Heights terus ke Stesen PWTC.

• Dari Terminal Bersepadu Selatan, naik LRT terus ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen MRT Kajang ke Stesen MRT Maluri, tukar ke LRT untuk ke Stesen PWTC.

• Dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen MRT Merdeka, tukar ke LRT untuk ke Stesen PWTC.


Kenderaan Sendiri (Parkir)
• Parkir di bangunan PWTC agak terhad.

• Parkir alternatif ialah di Sunway Putra Mall, berhadapan Seri Pacific Hotel. Boleh jalan kaki ikut jejantas ke WTCKL.

Makan Minum
• Riverside Restaurant dan beberapa kiosk makanan ada di dalam WTCKL.

• Medan Selera Putra Laut di sebelah luar WTCKL / Seri Pacific.

• Restoran, kafe, medan selera di Sunway Putra Mall.

• Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam WTCKL.

 Hotel (paling hampir)

• Seri Pacific Hotel (bersambung dengan bangunan WTCKL).

• Sunway Putra Hotel (bersambung dengan Sunway Putra Mall).

Lokasi Penting
• Pentas Utama: Aras 2 (sama aras dengan pintu masuk utama)
• Mandiri: Aras 2
• Bilik Mawar: Aras 2
• Dewan Tun Razak 3: Aras 3
• Dewan Tun Razak 4: Aras 4
• Rehat & Baca: Aras 4
• Bilik Kuala Lumpur: Aras 5
• Surau ar-Rahman: Aras 3
• Bank dan mesin ATM: Aras 2

* WTCKL ialah nama baru bagi PWTC setelah penjenamaan semula pada tahun 2020.

Datang beramai-ramai memeriahkan pesta buku antarabangsa kali ini.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post