Cara Main Kutu Secara Selamat Dengan My Goals+ Maybank2u

Main Kutu Maybank2u Cara Selamat.

Aku ni dari dulu sejenjs gigih menyimpan, takde takde tapi kalau korek korek mesti ada, gitu lah aku.
Konsep menyimpan ni kena betul betul gigih baru kita dapat hasil yang kita nak.

7 bulan dah join dan tinggal lagi 3 bulan je untuk cukup 10k yayyyyyy!!!!

Actually, kat Maybank2u ni ada satu bahagian yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil ‘Create Goal +’.

Apa yang best kat 'Create Goal +' ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Macam nak travel Jepun ke, nak beli gelang emas besar ke, nak beli body part kereta ke atau nak renew rotex kereta ke.

Pastu boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.
Lepas tu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Automatic. Takde kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan?

Follow step by step macam mana nak start gunakan ‘Create Goal +’ tu kat Maybank2u.

1. Memula, bukak website Maybank2u www.maybank2u.com.my dan Click Login Maybank2u.









2. Scroll bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +.




3. Kemudian pilih category . Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti gift, family, travel, shopping, education, retirement dan others.






4. Pastu letakkan goal name korang. Contoh kalau target nak deposit rumah, letak depo rumah. Macam nak beli gelang besow ke, so letak 'Gelang besow '

5. Dekat bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam I, I pilih monthly amount.



6. Click Saving Account-i

7. Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount

8. Letak berapa jumlah untuk 1st deposit. Yg ni RM10 sebagai deposit pertama pun takpe.

9. Letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.



10. Starting date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita.(serius macam kutu kan?)


11. Click Start.


12. Double check semua details dulu, kalau okay boleh click Confirm.








SETTLE!!



Fungsi ‘Create Goal’ (Main Kutu Maybank)


‘Tabung’ atau ‘Goal’ adalah satu ciri baharu yang diperkenalkan oleh Maybank2U untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai matlamat mereka.

Kalau selalu kita main kutu dengan orang lain, tapi kali ni kita main sorang-sorang dan tetap dapat amaun yang kita nak dalam tempoh yang ditetapkan.

Apa yang best kat ‘Create Goal +’ ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak ‘create goal’ ni. (Contohnya nak beli wing chair ke, travel ke Jepun ke, atau nak beli gelang emas besar ke?)

Lepas tu kita boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan automatik tolak duit dari akaun kita.

Lepas tu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita secara automatik – Tak ada lagi risiko kena tipu, lambat dapat duit, ahli-ahli lesap bila turn kita dan sebagainya!

Lagi senang dan bersemangat nak menabung kan?

Sebenarnya inilah juga tujuan ‘Create Goal’ iaitu untuk menggalakkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah – contohnya untuk nak buat belanja perkahwinan atau percutian.



Kredit: zetty omar / Kredit gambar: Mazlina Manaf

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post