10 Biodata & Trivia Peserta Ceria Popstar Xtra 2022 - Game On!

Program realiti tv bakat nyanyian untuk si cilik Ceria Popstar kini kembali dan bakal menghiasi hari minggu anda. Kali ini ianya dikenali dengan Ceria Popstar Xtra yang masih juga ditayangkan menerusi saluran nombor 1 kanak-kanak, Astro Ceria.



Ceria Popstar Xtra 2022 bakal mengetengahkan bakat adik-adik yang mana berkebolehan untuk bernyanyi disamping mempersembahkan kreativiti persembahan setiap minggu. Merekalah bakal menjadi pelapis dalam industri seni negara di masa akan datang.
 
Lebih menarik, dengan mengikut tema 'game on' untuk kali ini, akan ada karakter misteri yang dikenali sebagai C-X yang juga ditugaskan sebagai juri misteri dimana hanya suara dan animasi di skrin sahaja ditunjukkan. Identitinya hanya akan didedahkan pada minggu ke-7 program ini bersiaran.
 
Jadi siapakan 10 peserta yang berjaya melangkah ke Ceria Popstar Xtra untuk tahun 2022 bagi merebut gelaran Juara dan hadiah wang tunai utama bernilai RM20,000.

Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

1 - Zaki Yamani


Nama : Ahmad Zaki Yamani Bin Jamal Ubaidillah
Umur : 16 tahun
Asal : Kajang, Selangor
Instagram : @zakiyamani.

Trivia
Anak kepada penyanyi pop Malaysia, Jamal Abdillah
Pernah memasuki All Together Now Malaysia
Mempunyai single pertama, Percayaku bersama Bibi Qairina

2 - Dhiyaa


Nama : Dhiyaa Raidah Alisha Binti Ruzaimi
Umur : 11 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @dhiyaa_raidah

Trivia
Pandai menyanyi dan menari
Pernah berlakon sebagai extra dalam drama Dia Bukan Bidadari

3 - Faleeq


Nama : Said Faleeq Bin Mohd Fareez
Umur : 8 tahun
Asal : Puchong, Selangor
Instagram : @faleeqgrowingupadventure

Trivia
Peserta terkecil dan termuda dalam Ceria PopStar Xtra 2022
Pernah menjadi model untuk Runaway Cheetah
Pelakon drama dan juga TVC


4 - Dilla


Nama : Putri Nur Fadillah Binti Abdul Rahim
Umur : 15 tahun
Asal : Merlimau, Melaka
Instagram : @dilla_official.07

Trivia
Datang dari keluarga yang sangat susah, tetapi ingin berjaya dalam program ini
Minat Kpop dan suka rap serta menari Kpop
Meminati Sean Lee, Dolla, Misha Omar, Jackly Victor dan Siti Nurhaliza

5 - Amani


Nama : Zuhairah Amanina Farhanah Binti Mohamad Faudzi
Umur : 12 tahun
Asal : Pasing Gudang, Johor
Instagram : @zuhaira_amani

Trivia
Pernah menjadi johan pertandingan karaoke terbuka
Fobia dengan lipan
Cita-cita ingin menjadi Guru Muzik (Vokal)

6 - Marsha



Nama : Nur Marsha Auni Zahira Binti Mohd Rizal Fuadzam
Umur : 13 tahun
Asal : Selayang, Selangor
Instagram : @adikmarsha

Trivia

Mempunyai suara serak basah seperti Ella
Pernah viral busking di Bukit Bintang
Busking memberi semangat beliau untuk menjadi penyanyi
Memiliki sepasang mata berwarna coklat asli

7 - Dinda Dania

 
Nama : Dania Zafirah Binti Sulaiman
Umur : 17 tahun
Asal : Sepang, Selangor
Instagram : @dindadania_official

Trivia
Ada band sendiri dan mempunyai 5 ahli
Finalis Bintang Kecil RTM2016 (Wakil Negeri Sembilan) & Peringkat Kedua Ceria Online Star
Fobia badut dan anjing
Berpewatakan 'boyish' dan lebih selesa berkawan dengan lelaki

8 - Damia


Nama : Fathin Nur Insyierah Damia Binti Mohamad Khalil
Umur : 16 tahun
Asal : Taiping, Perak
Instagram : @damiaofficial5

Trivia
Protege Harry Khalifah
Single pertam Pasrah dengan 15 juta tontonan
Pernah viral sebab video menyanyi dengan Apak 2.1 juta views

9 - Ariff


Nama : Ariff Hilmy Bin Muhammad Amir
Umur : 17 tahun
Asal : Klang, Selangor
Instagram : @ariffhilmy._

Trivia
Anak saudara Yazi Zakaria iaitu seorang Konduktor Orkestra Istana Budaya
Suka mengumpul boots dan hanya mampu beli boots bundle sahaja
Pernah bekerja sambilan di program Shopee pada tahun 2022

10 - Iqmal Romi


Nama : Muhamad Nur Iqmal Bin Romizan
Umur : 17 tahun
Asal : SImpang Pertang, Negeri Sembilan
Instagram : @iqmalromi._

Trivia
Pandai menari dan bermain gitar
Mempunyai suara seakan Haqiem Rusli
Bercita-cita ingin menjadi penyanyi dan membantu keluarga

Hos
Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina Pompom) ditugaskan untuk mengacarakan program ini. 


Juri Tetap
Manakala Johan dan Mas Idayu ditugaskan sebagai juri tetap bagi mengadili setiap 10 peserta setiap minggu.


Waktu Siaran
Program ini bakal bersiaran selama 8 minggu mulai 29 Jun 2022, pada setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ceria 611, menerusi On Demand dan juga boleh strim secara online di Astro Go yang mana kali ini menampilkan elemen baru iaitu 'gaming' dengan format asal dikekalkan.

Siapakah yang bakal menjadi juara dalam program Ceria PopStar Xtra 2022 kali ini? 
Jadi 'Game On!'

Kredit : Astro Ceria

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post