Food Hunting 12 Makanan Viral Di Sekitar Bukit Bintang Mesti Cuba

Tempat makan dengan menu hidangan viral sekitar Bukit Bintang mesti cuba selepas ramai para tiktokers buat content mendedahkan menu-menu menarik seperti Kebab Halab Shawarma, Nasi Kahwin Hari-Hari, Wagyu Beef skewer dan banyak lagi.


Jadi jom kita selongkar menu mesti cuba di Bukit Bintang selepas trending di TikTok dan sosial media lain.

1. Nasi Kahwin Hari-Hari
Sajian menu ala kenduri kahwin setiap hari di kota. Kalau nak delivery Haloo Haloo Uncle Hassan naa, stgi dia pi hantaq depan rumah hangpa.

SET NASI KAHWIN HARI-HARI | RM9.00
Pilihan Lauk : Ayam Rose Terangkat, Ayam Madu Dua, Daging Masak Hitam, 
Untuk setiap tambahan lauk : RM6
Papadom : RM1
 
Waktu Operasi : ISNIN Hingga SABTU 10:30 Pagi Hingga 5:30 Petang 
Whatsapp Delivery : https://wa.link/px7703 (0162329245 (Hassan))



2. Don Don Donki - Wagyu Beef Skewer
Menu daging wagyu dicucuk pada lidi seperti sate dan kemudian dipanggang. Semua review sedap, cair di mulut bila gigit katanya. 

Harga
𝗔𝟱 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝘂𝗺 𝗪𝗮𝗴𝘆𝘂 𝗦𝗸𝗲𝘄𝗲𝗿 (𝗛𝗶𝗴𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗯𝗹𝗲) – 𝗥𝗠𝟭𝟵.𝟴𝟬
𝗝𝗮𝗽𝗮𝗻𝗲𝘀𝗲 𝗧𝗲𝗴𝗼𝗻𝗲 𝗧𝘀𝘂𝗸𝘂𝗻𝗲 𝗦𝗸𝗲𝘄𝗲𝗿 – 𝗥𝗠𝟱.𝟴𝟬 (𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹), 𝗥𝗠𝟵.𝟴𝟬 (𝗯𝗶𝗴)
Singgah ke kedai untuk merasai Skewer yang sedap ini dari jam 12 tengahari hingga 4 petang setiap hari!

Waktu Operasi : 10 am – 12 am daily
Lokasi : Lot 10 Kuala Lumpur (Betul-Betul depan pintu masuk Lot10)



3. Halab Shawarma
Rasai kebab yang dengan hirisan daging yang di gantung (Shawarma) special di Kuala Lumpur. Lain daripada kebab yang dijual di Pasar Malam. 

Lokasi : 7, Jalan Beremi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10.00 am - 2.00 am



4. Damascus Kebab
Restoran Damascus Kebab menawarkan menu Syria yang luar biasa dalam suasana mewah dan selesa. Restoran ini akan menjadi tempat yang sesuai untuk makanan Arab secara umum atau masakan Syria khususnya.

Lokasi : Damascus In Shawarma & Juices Jalan Sultan Ismail (Jalan Bukit Bintang) KL
Waktu Operasi : 10.00 am - 10.00 pm





5. Kunafa Crisp
Kunafa Crisp ialah kedai manisan Turkiye di Kuala Lumpur, Malaysia. Antara menu yang mesti try adalah kunafa, baklawa dan banyak lagi. Pasti rambang mata tengok manisan di sini.

Lokasi : 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 2.00 pm - 2.00 am



6. Aiskrim 32 Parfait

Aiskrim setinggi 32cm yang popular di Korea kini di Malaysia.  'We bring Korea to you'

Lokasi :  G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang
Waktu Operasi : 



7. Boleh Seafood Pot

Tengok sahaja cara hidangan mereka, memang penuh satu meja. Makanan laut di sini seperti sotong, tiram, udang, lobster dan lala memang dijamin masih fresh dan isinya juga besar. Confirm berbaloi lah kalau anda makan di sini.

Selain daripada hotpot, anda juga boleh memesan makanan bergoreng seperti baby crab. Dan untuk pilihan menu utama pula, anda boleh memilih sama ada henda makan bersama nasi atau maggi.

Business hour: 3pm - 11.45pm
Address: 69, Jalan Alor Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur.
Phone number: 016-4394678



 
8. Machi Machi
Machi Machi terkenal sebagai tempat teh bubble kegemaran superstar Jay Chou. Jay Chou sangat menyukainya sehingga dia memaparkan jenama itu dalam salah satu video muziknya - Won't Cry.

Sejak itu, ia menjadi tular dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat Jay Chou dan peminat teh bubble di seluruh dunia.

Lot 10, H2O, Bintang Terrace, 50, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
11 AM - 11 PM



9. Lan Zhou Mee Tarik
Fuhhh memang lazat, depa baru bukak 2nd branch sini, mmg sedap wehhhh, kat area bukit bintang sebelah Maybank

42G, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
11 AM - 3 AM


Haa...cuba jangan tak cuba. 
Boleh la jadi aktiviti hujung minggu food Hunting di sekitar Bukit Bintang, Bawa mereka yang tersayang.

10. Friend Fries 

'Patat Frites' yang sangat terkenal di Amsterdam.Patat Frites ini sebenarnya adalah kentang goreng, french fries yang kita biasa makan tu tapi istimewanya menu ini ada 12 pilihan sos ! Sos pula tergantung kat siling tu haa, unik la juga kan sebab kita selalu tengok botol sos orang letak atas meja.

Lokasi : Friend Fries, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


 

11. Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Alamat: 50, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Waktu operasi: 11 AM – 8 PM

 



12. Dubai (Food Republic Pavilion)
Mahu merasakan pengalaman makan seperti di Dubai? welcome to Pavillion food court.

Alamat: Pavillion Kuala Lumpur, P1.20.00, 168, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 AM – 10 PM

 


Sedapnya... Apalagi kalau jalan dengan mereka yang tersayang pasti best dapat makan makan sedap macam ni bersama-sama.

Selamat mencuba menu-menu viral di Bukit Bintang.
 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post