15 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Persis Seperti Luar Negara

Tak cukup bajet untuk pergi oversea? Di sini ada senarai pendek 12 lokasi seakan-akan berada di overseas tapi sebenarnya hanyalah di negara kita, Malaysia.  
 
  
1. Masjid Wilayah Persekutuan (TURKIYE)


Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Malaysia

Masjid Wilayah Persekutuan adalah sebuah masjid utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan kompleks MATRADE dan Kompleks Kerajaan Persekutuan di Jalan Duta. Masjid ini dibina diantara 1998 hingga 2000. Ia terletak di kawasan seluas lima hektar dan dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada tahun 25 Oktober 2000.
 
Masjid ini dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong ke - 12, Tunku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Ia adalah masjid ke-44 dibina oleh kerajaan dalam had bandar. Masjid ini mampu menampung sehingga17,000 jemaah pada satu-satu masa.

Reka bentuk masjid ini banyak dipengaruhi oleh senibina Masjid Biru di Istanbul, Turki dengan gabungan seni Uthmaniyyah dan Melayu.

2. Kuil Kek Lok Si (CHINA)


Kuil Kek Lok Si, Pulau Pinang, Malaysia
 
Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dab di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat juga pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung-patung dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dab ikan kap.

Kuil Kek Lok Si ini menjadi salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Ia dianggap sebagai kuil Buddha terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Pagoda utamanya yang dikenali sebagai Pagoda Sepuluh Ribu Buddha terdiri daripada tujuh tingkat yang menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah adalah rekabentuk Siam dan puncak pula seni bina Burma.

Kuil yang terukir indah ini memakan masa selama 20 tahun untuk dibina dan berkembang secara berterusan.
3. Batu Caves (INDIA)

Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia

Batu Caves adalah bukit batu kapur yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua yang terletak di daerah Gombak, 13 kilometer utara dari Kuala Lumpur. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama bagi kampung berdekatan. Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khususnya kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.

Sebuah patung berukuran 42.7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil masa 3 tahun untuk membina. Ia merupakan patung Dewa Muruga yang tertinggi di dunia.

4. Wat Mai Suwankiri (THAILAND)

 

Wai Mai Suwankiri, Tumpat, Kelantan, Malaysia
Wat Mai Suwankiri adalah salah satu tokong Siam yang terkenal di Kelantan. Wat Mai Suwankiri terletak di Kampung Bukit Tanah, Tumpat berdekatan dengan Kampung Laut. Tokong Wai Mai Suwankiri dikenali sebagai "Dragon Boat" kerana tokong ini terdapat bot yang sering menjadi tumpuan masyarakat yang berkunjung ke kuil tersebut.

"The Dragon Boat" terletak di perkarangan kuil dan ia mempunyai empat naga sebagai penjaga dan bot tersebut dikelilingi air. Di tokong Siam tersebut terdapat patung Buddha berdiri di atas bumbung yang sering menjadi penghormatan oleh masyarakat yang beragama Buddha.

Tokong Siam-Buddha tersebut telah dibina lebih daripada seratus tahun yang lalu oleh tukang pakar dari Thailand. Selain itu, terdapat sebuah bangunan besar yang sangat cantik dan menakjubkan di perkarangan kuil iaitu Dewan Utama Wat Mai Suwankiri. Di dalam Dewan Utama tersebut pula terdapat mayat ketua sami yang telah diawetkan dan dijadikan paparan kepada pelancong.

5. Colmar Tropicale (PERANCIS)


Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Malaysia

Colmar Tropicale adalah sebuah perkampungan dan hotel bertemakan Perancis yang terletak di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang. Ia terletak 2600 kaki di atas paras laut dengan keluasan 80 hekar ditengah-tengah hutan tropikal berbukit-bukit.

Perkampungan ini diinspirasi dari kampung sebenar, Colmar di Alsace, Perancis. Seni bina pula digabungkan antara seni bina kuno Perancis, Riquewihr, Turkheim dan Kaysersberg.

6. Cameron Highland (LONDON)

Cameron Highland, Pahang, Malaysia

Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang dan terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu diantara 10C - 20C. Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Selain menjadi pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati di tempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman bersuhu dingin seperti teh, bunga-bungaan seperti bunga teluki dan strawberi

7. Japanese Village (JAPAN)


Japanese Village, Bukit Tinggi, Malaysia
Terletak 3500 kaki dari aras laut, terletak sebuah taman buatan bertemakan Jepun, Japanese Village di Bukit Tinggi. Taman ini direka susun oleh seorang arkitek Jepun yang terkenal, Kaio Ariizumi dan dibantu oleh 22 tukang mahir yang diimport khas dari Jepun.

Japanese Village mempunyai tarikan sendiri kerana terletak ditengah-tengah hutan tropika dengan bersuhu dingin. Ia merupakan taman jepun yang pertama di tengah-tengah hutan tropika. Selain itu, terdapat juga Rumah Teh Jepun, Spa Tatami, Taman Botani, Restoran Jepun Ryo Zan Tei dan Ume Tatami Suite. Para pengunjung boleh memilih untuk menyertai Majlis Minum Teh (4 sesi setiap hari) dimana mereka akan diajar adat dan budaya meminum teh Jepun. Para pengunjung juga boleh menyewa kimono untuk sesi mengambil gambar.

8. Kundasang (NEW ZEALAND)


Kundasang, Sabah, Malaysia
Kundasang adalah sebuah bandar di daerha Ranau, Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing lembah Kundasang. Kundasang merupakan sebuah pekan yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu yang indah dan terkenal dengan panorama yang indah dan suhu yang dingin. Majoriti penduduk di Kundasang adalah orang-orang Dusun, Cina dan Melayu.

Antara tarikan utama Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm yang terkenal dengan ladang lembu jenis Friesians yang diternak untuk tujuan tenusu. Ladang tersebut sering menjadi lokasi destinasi fotografi perkahwinan.

9. Melaka (NETHERLAND)


Banda Hilir, Melaka, Malaysia
Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah merupakan bandaraya yang dijaga kelastariannya. Pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage) oleh UNESCO. Melaka menjadi titik pusat gabungan budaya diantara barat dan timur.

Melaka terkenal dengan makanan pedas dan berempah selain budaya Baba dan Nyonya (gabungan budaya Cina dan Melayu) yang satu-satunya budaya unik di dunia yang ada di Melaka. Sehingga hari ini, kebanyakkan adat-adat kuno berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan.

10. Pulau Sipadan (MALDIVES)



Pulau Sipadan, Sabah, Malaysia
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera batu kapur di Malaysia dengan ketinggian 600 meter dari aras laut. Pulau ini juga terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba antara terbaik di dunia.

Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik di dunia, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib terbaik di dunia. Pernah menjadi rebutan di antara Malaysia dan Indonesia, pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal masih dikekalkan sehingga kini.

11. Bukit Keluang (CAPE TOWN)



Bukit Keluang, Malaysia
Bukit Keluang, satu lagi permata buat negeri Terengganu. Terletak di pantai timur Malaysia kira-kira 140 km ke utara Kuala Terengganu.

Tidak seperti destinasi pulau konvensional seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang, kombinasi unik gua dan pantai berpasir putih, Bukit Keluang memang mempunyai pandangan yang luar biasa boleh tawarkan. Di kaki bukit, putih pantai berpasir yang luas dan angin laut yang menenangkan membuat snorkeling, berkayak dan angin melayari satu aktiviti ideal. 

Selepas itu anda boleh menerokai gua yang ramai di seluruh. Ia sesuai untuk explorer baru sebagai laluan mudah untuk bergerak. Terdapat juga laluan yang betul di sekitar untuk meneroka bukit. A berjalan perlahan di sepanjang laluan seperti yang anda naik bukit meluaskan ufuk anda untuk pemandangan yang menakjubkan di sekeliling.

12. Pantai Klebang (SAHARA)



Pantai Kelebang, Melaka, Malaysia
Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).

13. Menara Condong Teluk Intan - Menara PISA
Menara Condong Teluk Intan antara tempat popular yang jadi tumpuan pelancong di daerah Teluk Intan. Kalau korang nak tau, Menara Condong ni dah berusia 100 tahun dan mendapat jolokan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. Menarik kan?


14. Sky Mirror Kuala Selangor Persis Salar De Uyuni, Bolivia
Salar de Uyuni merupakan salah satu lokasi popular di Bolivia kerana mempunyai kesan pantulan yang sangat cantik. Tapi sekarang Malaysia pun dah ada tau. Korang hanya perlu ke Sky Mirror di Kuala Selangor.


15.  Astaka Morocco, Putrajaya Persis Berada di Morocco
Rupa kawasan ini memang macam dekat Morocoo sana. Sebabnya simple. Memang pakar dari Morocco diimport khas untuk buat kawasan ini. Dindingnya penuh ukiran dan kaligrafi Islam, dan pintunya pula dibuat dari kayu cedar yang secara amnya wangi-wangi.

Kawasan tengahnya pula ada kolam air yang dibuat dengan mengambil kolam istana Al Hambra, Sepanyol sebagai inspirasi.

Lokasi : Moroccan Pavillion, Presint 1, Putrajaya
Harga Tiket : Percuma untuk kawasan luar, RM 3 untuk masuk ke dalam.
Waktu Operasi : 7 pg – 7 malam


Tak perlu main jauh-jauh sampai ke luar negara pun boleh feel the vibes.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post