12 Peserta Berkumpulan Berentap Dalam Muzikal Lawak Superstar Musim 3 (2022)

Program Realiti TV dengan tema muzik bersama elemen lawak - Muzikal Lawak Supertstar kini kembali untuk musim ke-3 dengan tema baharu iaitu membawa elemen rumpun Melayu. "Dalam Komedi Ada Nyanyian"
 
Muzikal Lawak Superstar 3 tahun 2022 menampilkan 12 kumpulan yang bakal memulakan cabaran sengit dimana disertai oleh barisan pelawak lama bersama-sama personaliti media sosial atau content creator yang juga turut mengambil bahagian sebagai peserta.
 

Peserta-peserta akan bersaing bagi merebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3 sekali gus bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing bawa pulang RM50,000 dan RM25,000.

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3

 
Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022 Menampilkan 12 kumpulan dengan gandingan baharu, ramai peserta juga adalah muka baharu kali ini.
 
ABIOSO
Sarip, Amin, Puspa Gomen



ARTEH
Has, Dewa, Qody



BAHROY
Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan, Roy Azman


BENJO
Noxx Hazwan Filzah Azmi, Kinjo



CILI
Ali Puteh, Achey, Shiha Zikir


JOKI
Gomok Gahai, Fuad Nasirr, Beby Acha


NGAM
Norzamanachok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin


OOD
Man Raja Lawak, Chiwan, Zahid


SELIT
Ajo, Azmir Aziz, Shidi DATA



SOBAT
Che Mat, Najua P. Ramlee, DD Chronicle


UBI
Fad Bocey, Sharif Zero, Name


WISEL
Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar

 

Host
Untuk musim kali ini, sekali lagi Elly Mazlein atau biasa dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom akan berperanan sebagai hos tetap dan kali ini akan digandingkan dengan hos baru yang mana hanya akan dikenalkan pada minggu atau konsert pertama kelak.


Juri
Kemudian untuk barisan juri tetap pula, Dato' Awie masih dikekalkan bersama-sama dua juri tetap lain iaitu pelakon tersohor Malaysia, Siti Saleha dan juga juri daripada Singapura iaitu Najip Ali. Pihak juri merangkumi markah sebanyak 50% dan 50% lagi datang daripada undian secara online di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Waktu Siaran
Muzikal Lawak Superstar 2022 akan berlangsung mulai 22 Julai 2022, setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 dan Astro Go selama 10 minggu.


Pada tahun 2021 kumpulan Heart yang dianggotai oleh Danial Zaini, Azmi Saat dan Ezad Lazim telah menjadi juara. Jadi untuk musim terbaru ini siapakah yang bakal menjejak langkah mereka pula?

FINALE


Finale Muzikal Lawak Superstar telah berlangsung pada 23 Sept 2022, di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, format pemarkahan 75 peratus daripada juri tetap dan 25 peratus undian dalam talian. Tema persembahan pertama ialah Benua Di Dalam Dunia, manakala persembahan kedua ialah Lokasi Bebas.





Juara 
UBI (Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie)
membawa pulang RM150,000 beserta trofi.


Tempat Kedua 
CILI yang dianggotai oleh Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir.
Mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.


Tempat Ketiga
Kumpulan BAHROY yang dianggotai oleh Nizam Jentik-Jentik, Shashic dan Roy Azman berada di tempat ketiga dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.


Tempat Keempat
Kumpulan OOD yang dianggotai oleh Man RL, Chiwan dan Zahid diumumkan menduduki tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 beserta trofi.


Superstar Paling Gempak Musim Ini yang menjadi milik Shiha Zikir daripada kumpulan CILI.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post