Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4) kembali lagi dengan penuh gah dan pasti menjanjikan gelak tawa yang tidak akan terlupakan selepas setahun berehat.

.jpg)
Bagi peminat komedi dan persembahan muzikal, acara ini menjadi medan terbaik untuk melihat pelawak terkenal tanah air bersaing dalam bentuk persembahan muzikal yang menghiburkan.
MLS4 menampilkan 10 kumpulan yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta yang merupakan gabungan pelawak, pelakon, dan pempengaruh.
Senarai 10 peserta berkumpulan Muzikal Lawak Superstar Musim 4 (2024)
Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi

Soda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai
Sarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap S

Gahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana

Bravo: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally

Juri Tetap
Saiful Apek dan Harith Iskander, dua legenda dalam dunia komedi Malaysia, akan bersama di kerusi juri. Mereka akan ditemani oleh pelakon wanita terkenal, Anna Jobling, yang akan memberikan perspektif segar kepada penilaian persembahan peserta.
Hos
Dato’ AC Mizal pula kembali sebagai pengacara utama acara ini.
Sistem Pemarkahan
Format pertandingan musim ini masih mengekalkan 70% pemarkahan daripada juri, manakala 30% lagi ditentukan oleh undian penonton menerusi laman web Astro Gempak. Setiap minggu, para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka, dan kumpulan yang menerima undian tertinggi akan memenangi Anugerah Astro Gempak yang diumumkan pada segmen akhir setiap minggu.
Hadiah Kemenangan
Juara MLS4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 beserta trofi. Tempat kedua, ketiga, dan keempat masing-masing akan menerima hadiah RM75,000, RM50,000, dan RM25,000.
Waktu Siaran
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ (MLS4) akan mula bersiaran secara langsung pada 22 September 2024, setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh juga distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
.jpg)
Untuk Ikuti Muzikal Lawak Superstar Musim Terdahulu, Lihat Juga