14 Peserta Muzikal Lawak Superstar Musim 2 (2020) Dalam Komedi Ada Nyanyi

‘Muzikal Lawak Superstar’ (MLS) program realiti muzikal komedi Astro Warna kini kembali untuk musim kedua!

Jadi jom kita berkenalan dengan 14 kumpulan untuk Muzikal Lawak Superstar 2 untuk tahun ni. Amacam? Korang kena standby bermula 18 Disember ini di Astro Warna.


MLS musim kedua mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan. Antara selebriti yang terlibat pada musim ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.

Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya. 

  1. ZUZUZU
(Nizam Jentik-Jentik, Fizah Awok, Zahid AF)


2. ZOMBIE
(Wan Gegau, Ezzlyn, Wan XOXO)


3. VIRAL
(Ali Mercik, Mamak Puteh, Roy Azman)


4. UNI
(Fadh Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC)


5. TERUNA
(Ilham Abata, Johan As’ari, Din Latah)


6. STAMP
(Syura, Tapai, Che Mat)


7. PUPPET
(Sharif, Rul Puppet, Wan)


 8. MASYUK
(Achey, Shuk, Mark Adam)


9. LEKLU
(Jaly, Lan Solo, Iewan Lopez)


10. JAGO
(Chot, Yus, Fiza Thomas)


11. JBORN
(Joey, Khir Rahman, Man Posmen)


12. HEART
(Azmi Saat, Ezad Lazim, Danial)


13. GOJES
(Mie Rajalawak, Tauke Jambu, Keena Mentor)


14. ABC
(Chiwan, Achok, Cik B)



ABC ( @chiwan_chilok @achok_chilok @cikb_havoc66 )
Gojes ( @taukejambu2 @mierajalawak Kiena)
Heart ( @danialzain1 @azmi_saat , @ezadlazim )
Jago ( @fizathomas Yus @hazmeerhassan )
JBorn ( @joey_daud @kei_ramoss @manrajalawak )
Leklu ( @iewanr2 @lansolo_official Jali)
Mashuk ( @acheykintangkintung @shuk_hotfm @markadam1079 )

Episod
Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri

Hos Rancangan
Nabil Ahmad dan Elly Mazlein

Juri Tetap
Dato’ Awie kembali menyarung jersi juri tetap, dan kini ditemani pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin!.

Pemarkahan
Selari dengan tagline ‘Dalam Komedi Ada Nyanyi’, pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan. Konsep ‘star’ juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘star’ ini adalah eksklusif untuk Dato’ Awie, Fazura, dan Zul Ariffin sahaja selaku juri tetap.

Peminat bagi setiap kumpulan juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana markah bagi peserta adalah dibahagikan 50-50 antara juri tetap dan audiens. Saluran undian dibuka sepanjang minggu untuk para peminat ‘berpesta klik’ antara satu sama lain! 

Live+
Izzue Islam dan Riena Diana muncul sebagai hos bagi Muzikal Lawak Superstar Live+ yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Astro Gempak, mulai 18 Disember 2020, jam 8.30 malam. Program virtual berdurasi 60 minit itu bakal berinteraksi bersama peminat disamping menyingkap kembali persembahan para peserta. 

Hadiah
Pemenang keseluruhan bagi MLS musim kedua ini akan membawa pulang wang tunai RM150 ribu, serta akan mendermakan RM10 ribu kepada badan kebajikan yang tertentu. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75 ribu dan RM50 ribu. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25 ribu sebagai hadiah kemenangan. 

Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, mereka akan dianugerahkan ganjaran seperti kad imuniti, pemilihan giliran persembahan minggu seterusnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan mereka.

Waktu Siaran
Program yang sarat dengan gelak tawa ini bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020.

Stesen SINAR hadir sebagai radio rasmi bagi musim terbaharu MLS, manakala rakan media rasmi adalah Zon Lawak yang hadir dibawah jenama Astro Gempak.

Grand Finale
Heart menepati ramalan ramai apabila muncul juara program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung di Putra Hall B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada Jumaat.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Ezad Lazim dan Azmi Saat itu melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi.

 
Sementara itu kumpulan UNI yang dianggotai Fad Bocey, Atu Zero dan Fakhrul UNIC mempertahankan naib kejuaraan apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.
Mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan yang dianggotai Ali Puteh, Mamak Puteh dan Roy Azman iaitu Viral berada di tempat ketiga dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

Kumpulan Janggo yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Man Raja Lawak diumumkan sebagai tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi.
 
Sementara itu, persembahan mantap yang ditunjukkan oleh Danial melayakkan dia dipilih sebagai Superstar musim ini.

Kesemua pemenang dinilai berdasarkan format pemarkahan 50 peratus (%) daripada juri tetap dan 50% undian SMS penonton.

Pentas akhir MLS2 menampilkan pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.Tiga juri tetap terdiri daripada Datuk Awie, Nur Fazura dan Zul Ariffin. Pertandingan akhir turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Datuk M. Nasir, Azlan (The Typewriter), Akim & The Majistret dan Bunkface.

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post