Harga Baru Tiket Feri Ke Langkawi Dari Jeti Kuala Perlis & Kuala Kedah 2022

Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah 15 tahun lepas pada 15 Disember 2007 iaitu RM5 bagi laluan Kuala Kedah dan RM3 bagi Kuala Perlis. Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi laluan feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa mulai 5 ogos.



Jika berhasrat bercuti ke Pulau Langkawi, sememangnya perlu menaiki feri sama ada dari jeti di Kuala Kedah, Kuala Perlis atau pun dari Penang. Anda boleh rujuk harga-harga tiket feri ke Langkawi yang terkini di bawah untuk semua destinasi jeti.

Jeti Mana Menjadi Pilihan?

Jeti Kuala Perlis – Masa perjalanan lebih pendek dan sesuai untuk sesiapa yang tidak suka duduk lama-lama di dalam feri. Yang mabuk laut tu, sila naik di jeti ni ye!

Jeti Kuala Kedah – Jeti ni terletak lebih dekat jika anda dari Kuala Lumpur. Tetapi masa perjalanan feri lebih lama sedikit berbanding naik feri di Kuala Perlis.

Jeti Pulau Payar, Penang – Sesuai bagi orang yang suka santai dengan melihat keindahan laut yang biru, kerana dari jeti ini, perjalananya mengambil masa yang lama, hampir 3 jam.



Harga tiket feri ke Langkawi dari Jeti KUALA KEDAH

Masa Perjalanan: 1 Jam 45 Minit

Laluan Pulau Langkawi-Kuala Kedah-Pulau Langkawi juga naik RM3.50 menjadikan kadar terbaharu masing-masing adalah RM26.50 Bagi dewasa dan RM20.50 untuk kanak-kanak.

KategoriHarga SehalaHarga 2 hala
Dewasa ( 12 tahun keatas)RM 26.50RM 53
Kanak-Kanak ( 3-11 tahun)RM 20.50RM 41
*Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun)percumapercuma

Bukan Warganegara
Kadar tambang dewasa bukan warganegara pula naik sebanyak RM11.50 menjadikan kadar terbaharu RM34.50 dan kanak-kanak bukan warga negara pula naik sebanyak RM8.50 daripada RM17 kepada RM25.50

Penduduk Langkawi
Harga tambang untuk empat kategori kekal pada harga sama seperti sebelum ini, iaitu RM20 bagi dewasa (penduduk Langkawi), RM14 bagi kanak-kanak (penduduk Langkawi), RM14 bagi OKU dan RM17 bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

*Percuma tetapi tiada tempat duduk bayi disediakan


Harga tiket feri ke Langkawi dari Jeti KUALA PERLIS


Masa Perjalanan: 1 Jam 15 Minit

Kadar tambang bagi Kanak-Kanak & Dewasa naik RM3 daripada RM18 kepada kadar baharu RM21 & RM16.

KategoriHarga SehalaHarga 2 hala
Dewasa ( 12 tahun keatas)RM 21RM 42
Kanak-Kanak ( 3-11 tahun)RM 16RM 26
*Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun)percumapercuma
Bukan Warganegara 
Kadar tambang untuk dewasa bukan warganegara naik RM9 daripada RM18 kepada RM27, manakala kanak-kanak bukan warganegara naik RM6.50 daripada RM13 kepada RM19.50

Penduduk Langkawi
Empat kadar tambang dikekalkan iaitu dewasa (penduduk Langkawi), kanak-kanak (penduduk Langkawi), orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kadar tambang RM15 masih kekal bagi dewasa (penduduk Langkawi), manakala kanak-kanak (penduduk Langkawi) dan OKU kekal RM10 serta warga emas 60 tahun ke atas RM13

*percuma tetapi tiada tempat duduk bayi disediakan

Harga tiket feri ke Langkawi dari JETI PENANG

Masa Perjalanan: 2 jam 45 minit

KategoriHarga SehalaHarga 2 hala
Dewasa ( 12 tahun keatas)RM 60RM 120
Kanak-Kanak ( 3-11 tahun)RM 45RM 90
Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun)RM 25RM 50

Kadar harga tiket feri di atas adalah TIDAK termasuk Port Handling Charge. Dewasa: RM 10 / sehala & Kanak-Kanak: RM 6.30 / sehala.

Sekian. Semoga bermanfaat

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post