20 Idea Hantaran Bertutup Terkini Yang Semakin Menjadi Ikutan

Hantaran kahwin merupakan adat bagi orang Melayu. Tak sah kahwin kalau tidak ada dulang hantaran. Tapi terpulang kepada pilihan masing-masing, sama ada ingin mengikut adat atau tidak. Trend hantaran berubah mengikut zaman.

Sekarang ini trend yang paling popular adalah hidden hantaran! Apa itu Hidden hantaran ?

Apapun jom kita selongkar beberapa contoh idea untuk mereka yang ingin menghasilkan sendiri tema hidden hantaran untuk majlis korang nanti. Boleh lah gunakan dari gubahan idea hantaran ini dan pandai-pandailah adjust dengan budget masing-masing kan. Kalau tak boleh nak buat sendiri, boleh sahaja tempah dari mereka yang pakar.

Hantaran Kain Batik
Hantaran menggunakan kain batik ini cukup sesuai bagi pihak pegantin lelaki yang akan bertukar dulang dengan bakal pengantin perempuan. Dengan menggunakan kain batik, anda tidaklah membazir kerana kain batik yang menjadi balutan hantaran itu boleh digunakan semula.

Bagi pengantin perempuan mungkin boleh guna kain pelekat pula. kan simbolik


Hantaran Kertas Pembalut
Kemas, bersih dan cukup minimalist. Dengan bajet serendah RM100, anda boleh jadikan kertas balut premium putih sebagai bungkusan hantaran anda. Kertas balut putih datang dalam pelbagai tekstur dan rekaan yang pelbagai serta rona warna yang berbeza.


Pattern Marvel / Kartun kegemaran
Buat bakal isteri yang berkahwin dengan bakal suami yang meminati karakter dari filem Marvel. Anda boleh cuba idea ini! Anda boleh menggunakan kain atau  kertas balutan hadiah premium bermotifkan adiwira Marvel.




Hantaran Bertutup Songket
Penggunaan rekaan songket moden sebagai tema hidden hantaran akan menjadikan rekaan gubahan hantaran anda tampak klasik, mewah dan lebih eksklusif. Gabungan rekaan moden dan tradisional ini amat sesuai bagi anda yang memang mempunyai bajet yang lebih dan inginkan suatu kelainan.



Hantaran Bercorak Arabesque
Bagaimana pula dengan tema ala ala arab? Anda boleh memilih tema ini jika anda inginkan kelainan.


Hantaran Bertutup Brown Paper / Kertas Mahjong
Tidak salah kita gunakan brown wrapping paper sebagai balutan hantaran kahwin. Bukan sahaja murah dan mudah didapati tetapi sesuai juga dipadankan dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti anda.


Tema Black
Warna yang elegan ini amat sesuai dijadikan sebagai tema hidden hantaran untuk pengantin lelaki. Kombinasi warna midnight black dengan warna white cream atau ivory white. Pasti hantaran anda akan tampak lebih maskulin dan bergaya.


Hantaran Gift Box
Hidden hantaran dengan konsep “gift box” pasti dapat memudahkan kerja mengubah hantaran anda.


Lace
Pening juga memikirkan kain motif apa nak digunakan untuk balutan hantaran kan? Kain lace boleh menjadi salah satu pilihan anda.
Gabungan warna putih kekuningan dan riben pearl white, anda sudah dapat menghasilkan satu hantaran yang cukup menarik dan ringkas.



Lain-Lain

 


Hantaran Kain Bunjut


Ikatan 













Hantaran Mint Green
Bagi peminat warna pastel, tentunya warna mint green boleh dijadikan sebagai pilihan. Warna yang terang dan sejuk mata memandang ini sesuai dipadankan dengan warna putih mutiara.



Hantaran Corak Songket
Songket sering berkait rapat dengan perkahwinan orang melayu. Corak rumit memaparkan ciri-ciri unik identiti orang melayu sekaligus mencerminkan cita rasa budaya yang cukup asli dan klasik!


Hantaran Lilitan Sanggul
Tema hidden hantaran warna silver sering menjadi pilihan kerana warna ini melambangkan kemewahan dan menimbulkan rasa yang sangat elegan. Pilihan fabrik seperti satin atau sutera menaikkan lagi elemen mewah yang ingin ditonjolkan.


Sekian, semoga contoh idea yang disediakan, anda dapat mencari inspirasi bagi hidden hantaran anda. Terdapat banyak lagi contoh idea-idea yang menarik dan kreatif yang anda boleh cari selain dari apa yang kami senaraikan.


Kredit : Pengantinbaru 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post