15 Resipi Bancuhan Air Balang Sedap Dan Popular Untuk Jualan

Anda ingin memulakan perniagaan menjual air balang tapi tiada resepi yang sesuai? Jom kita selongkar 15 resepi air balang viral paling laris dan sedap disini mungkin sesuai untuk anda atau ini merupakan resepi air yang anda cari.


Peniaga di jalanan terutamanya pastinya akan menyediakan atau menjual air dalam kuantiti yang banyak bagi mempercepatkan serta memudahkan urusan jual beli. Pelanggan pun mahu cepat dan sudah pastinya mahukan juga air yang sedap.

Jadi peniaga perlu menjual air dalam kuantiti yang banyak iaitu di dalam balang. Mungkin anda juga ingin buat majlis hari jadi ke kenduri atau apa-apa sahaja majlis keramaian dan anda ingin sediakan air dengan jumlah yang banyak.
  
15 Resipi Air Balang Untuk Jualan

Diserakan 10 jenis resepi air balang dan panduan cara untuk mulakan perniagaan atau bisnes air balang dengan betul dengan keuntungan sehingga 7k sebulan
  
1
. Resepi Teh Ais Cincau


Bahan-bahan:
Teh serbuk (Royal)
Susu full cream.
Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
Cincau.

Cara-cara penyediaan:
Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
 
2. Air Jus Mangga Susu


Bahan-Bahan
Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
Air yang telah dimasak atau mineral water
Pewarna oren
4 tin susu pekat
2 tin susu cair

Cara-Cara
1. Kupas mangga masak dan buang bijinya.
2. Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
3. Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
4. Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
5. Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
6. Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air 33 liter yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.
7. Masukkan pewarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik. Sedia untuk dijual!

3. Resepi Air Jagung Klebang Ori  


1.5 liter pati Air Jagung Klebang Ori (pastikan ori)
12 liter air masak
6 tin susu pekat (disarankan Dairy Champ)
5 tin susu cair
2 tin jagung krim
Secubit garam.

4. Resepi Air Lai Chi Kang



Ini juga antara air viral yang ramai mencari apabila datang di pasar malam di bazar-bazar Ramadan iaitu Air Lai Chi Kang atau Cikong.

Bahan-Bahan
400ml air panas mendidih 100 darjah celcius
8 biji kembang semangkuk
10 batang gula kundur
5 sudu barli siap direbus
1 tin mata kucing/sirap longan
1 kerek gula melaka
3 sudu cincau siap dihiris
3 sudu potongn kecil agar-agar berwarna-warni
Buah-buahan campuran untuk hiasan

Cara-Cara
1. Rendamkan gula melaka, kembang semangkuk, getah anggur dan gula kundur ke dalam air panas
2. Sediakan buah-buahan untuk hiasan. Gunakan buahan campuran dalam tin. Satukan semua bahan dan buah
3. Tuangkan sirap longan dan sirap mata kucing. Kacau larutan
4. Hidangkan dengan menambah air panas atau dengan ais. Sedia untuk dijual!

5. Resepi Air Soya Sedap 


Bahan-Bahan
200 gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya. Esoknya anda akan lihat kacang soya kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Sebelum di masak, sebaiknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Boleh buat persediaan untuk penjualan air balang anda.

6. Resepi Jus Tembikai


Blend 2 biji tembikai dengan sedikit air
Ais 1 beg
Kemudian tuangkan kesemua tembikai yang sudah di blend ke dalam balang yang besar
Sedia untuk dijual

7. Resepi Air Katira Johor


 

Masukkan 1 tin susu cair dalam bekas berisi ais
Kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis
1/2 botol besar air soda F&N
2 sudu kecil esen perasa pisang
1 sudu kecil pewarna hijau
Semangkuk kecil kurma cincang
Semangkuk cincau
Semangkuk biji selesih yang telah direndam
Kacau hingga sebati
Tambah segelas besar air ais

8. Resepi Jus Nenas Madu


Penyediaan ini sesuai untuk balang 33 liter

Bahan - Bahannya:
10 biji Nenas Madu
2 kg Gula Pasir
Air Bertapis secukupnya
Ais batu 2 beg besar

Cara- caranya
Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
Blend sehingga hancur.
Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum

9. Resepi Dragon Friuts Mix Coctail


Bahan-Bahan
Buah naga 1 kg
Cocktail-tin 2 tin
Lychee 1 tin
Mangga 1 kg
Susu pekat 6 tin
Susu Cair 2 tin
Garam 1 sudu kecil
Air 4 liter

10. Resepi Air Milo Susu Balang 


30 liter - 40 liter
Bahan-Bahan
8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas mengikut kadar cara bancuhan
4 paket Milo (1kg)
4 kg ketulan Ais

Cara - Cara
1. Masukkan susu pekat
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan milo
4. Masukkan air panas dan kacau rata
5. Masukkan ke dalam bekas air dan tambah ketulan ais
6. Sedia untuk di minum

11. Resepi Green Tea


Air 5 liter
Green tea 350-400 gram
Susu pekat 2 tin
Susu cair 2 tin
Garam 1 Sudu kecil
Sedikit pewarna hijau (ikut Suka)

12. Resepi Air Tembikai Susu



Penyediaan air tembikai susu bagi balang 33 liter.
Bahan-bahan:
5 biji buah tembikai susu (saiz besar)
5 Tin susu pekat
5 Tin susu cair
Secubit garam.
Air bertapis.
Pewarna hijau epal.

Cara Menyediakannya : Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
Kisar bahan tadi sehingga hancur.
Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.
Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.

13. Resepi Air Coconut Shake


Bahan-bahan:
Air kelapa muda
Ais krim vanila
Isi buah kelapa
Ais
Air gula

Cara membuatnya:
Sediakan blender.
Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa
Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
Campurkan aiskrim vanilla
Siap sedia dihidang dan dijual kepada pembeli

14. Resepi Jus Durian Belanda


Bahan-bahan: 
500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2.5 liter air
250g gula
1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon

Cara-cara:
Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus
Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
Kacau sehingga sebati.
Terbaik jika dihidangkan sejuk.

15. Resipi Jus Mata Kucing Sedap 


Bahan - Bahan
1 paket Buah mata kucing
1/2 paket gula melaka
Gula pasir (optional)
Daun pandan

Cara - Cara
1. Basuh buah mata kucing tersebut dan rebus didalam periuk bersama daun pandan.
2. Setelah buah tersebut kembang, masukkan gula melaka.
3. Rasa sedikit, jika kurang manis, tambah dengan gula pasir.
4. Siap untuk dihidang.

Nota
Buah mata kucing dikenali sebagai 'dragon eyes' jadi jika berkunjung ke kedai herba cina, anda boleh membeli bahan yang dikongsikan.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post