Segmen & Barisan Penyampai Baru Radio ERA 2022

Pembaharuan ini telah bermula pada 18 Julai 2022 yang lalu sekali gus telah dikemudi oleh personaliti-personaliti baru dan yang lama juga telah diserap kembali. Manakala segmen dengan pelbagai pengisian menarik juga telah didengarkan.


  

Segmen Baru Diperkenalkan Di ERA FM

Antara segmen baru yang diperkenalkan kali ini iaitu '3 Pagi ERA' yang menampilkan gandingan 3 penyampai baru juga iaitu Nabil Ahmad, Azah dan Radin. (Tiada lagi JoHaRa)

Kemudian segmen '101 ERA' yang dikendalikan oleh Hanif dan Ray untuk slot petang. Manakala bagi slot malam pula adalah menerusi segmen 'Daebak ERA' bersama Fazziq Muqris dan Munaa Bella.
Penyampai Baru Bagi Setiap Segmen Di ERA FM

Setiap slot atau segmen yang ditetapkan terdiri daripada 2 atau 3 personaliti yang akan mengemudi waktu tersebut dengan pelbagai pengisian menarik. 

Berikut merupakan senarai penyampai radio bagi setiap segmen.

3 Pagi ERA
Isnin hingga Jumaat (6 pagi - 10 pagi)

Penyampai : Nabil Ahmad, Azad dan Radin
Selain berinteraksi bersama peminat menerusi panggilan telefon, terdapat juga pengisian baru bagi segmen tersebut iaitu Lagu Berantai, Flex Jap, CeKePi, Sembang dan Lu Pikir









Port-ERA
Isnin hingga Jumaat (10 pagi - 1 petang) 

Penyampai : Danial Zaini
Antara pengisian yang terdapat bagi segmen ini ialah W-O-N-T (What's On The News Today) dimana Danial membawa watak Bro Paprik dan berkongsi cerita-cerita semasa yang viral.
Juga terdapat slot FYE (For Your Eye) dimana pendengar boleh kongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan hashtag #FYE

Gempak Hit ERA
Isnin hingga Jumaat (1 petang - 4 petang)
Penyampai : Isha Norsham
Isha akan menemani peminat dengna topik perbualan menarik merangkumi hiburan, cerita artis tempatan dan luar negara, berita sukan dan isu viral di media sosial. Boleh juga buat permintaan lagu di Instagram ERA

101 ERA
Isnin hingga Jumaat (4 petang - 8 malam)  
Penyampai : Hanif dan Ray
Mereka akan membincangkan pelbagai topik menarik bersama pendengar. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai pengisian baru seperti Teacher Teacher dan Lirik Petik.


Daebak Era
Isnin hingga Jumaat (8 malam - 12 tengah malam)
Penyampai : Fazziq Muqris dan Munaa Bella
Dalam segmen ini, pendengar boleh berhibur dengan lagu-lagu Korea menerusi slot Pentas Daebak. Pendengar juga boleh belajar perkataan Korea menerusi slot Hanguko. Selain itu ada juga pengisian bagi TOP 20 iaitu lagu-lagu undian peminat di aplikasi SYOK dan TikTok 10 ERA.

Hujung Minggu
Pendengar boleh ketahui kedudukan lagu terbaik dalam Carta ERA 30 dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti The Best of 3 Pagi ERA dan ulangan babak-babak terbaik di Hallyu ERA

Jadi jangan terlepas untuk dengarkan ERA Fm menerusi radio atau boleh juga dengar secara online di aplikasi Syok. 

Untuk info lanjut, boleh layari www.era.je dan platform media sosial yang lain

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post