Tip Datang Ke Dataran Merdeka Untuk Melihat Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
Setelah 2 tahun lebih tiada sambutan kemerdekaan di raikan kerana pandemik Covid-19. Tahun ini boleh dikatakan sambutan luar biasa apabila sambutan utama perarakan kemerdekaan kembali ke dataran merdeka Kuala Lumpur.
Jam 4.30 pagi lagi viral di TikTok apabila orang ramai mula membanjiri dan memenuhi kawasan tempat duduk dataran bagi mendapatkan spot terbaik untuk menonton perbarisan.
1. Seeloknya naik tren untuk datang ke Dataran Merdeka. Datang awal kalau taknak bersesak. LRT start beroperasi pukul 4.30 pagi. Turun di stesen LRT Bandaraya (SOGO) atau di stesen LRT Masjid Jamek
Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos untuk pergi ke Dataran Merdeka (atau ke mana-mana sahaja).
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.
2. Datang awal pagi kalau boleh lepas subuh, pukul 6 pagi dah sampai sana. Solatlah dekat masjid berdekatan.
3. Kalau naik bas, turun dekat mana-mana stesen tren dan naik tren untuk sampai ke Dataran.
4. Kalau naik kereta, parking dekat stesen berdekatan dengan korang dan naik tren untuk ke Dataran Merdeka, kalau tak korang akan tersekat dalam jem sebab banyak jalan tutup pada hari perarakan.
5. Best view nak layan perarakan selain dekat tengah Dataran Merdeka, kalau korang taknak bersesak ialah dekat area LRT Bandaraya belakang SOGO sebab kawasan situ redup
6. Pastikan pakai kasut yang selesa sebab akan banyak berjalan kaki.
7. Bawa payung dan baju hujan, kipas tangan atau kipas elektrik. Beli je dekat Mr DIY. Cuaca tak menentu sekarang ni. Elok siap sedia.
8. Ibu bapa yang bawa anak, elakkanlah duduk di tengah-tengah dataran dan kumpulan orang ramai. Sesak. Sekiranya anak meragam, susah nak bergerak nak pergi tandas dan sebagainya
9. Jangan bawa stroller, space kecil, susah nak bergerak nanti
10. Jangan lupa bawa benda wajib, bendera!
Jom ramai-ramai memeriahkan suasana tengok dekat Dataran Merdeka. Jumpa di sana!
Kred!t gambar: Kementerian Pertahanan Negara & Bernama