10 Langkah Mengundi Dari Masuk Sehingga Keluar Pusat Pembuangan Undi

Suruhanjaya Pilihan Raya kini telah mengeluarkan sebuah infografik ringkas berkenaan langkah pengundian pada PRU15 yang dijadualkan pada 19 November 2022 kelak.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakan telefon ketika melakukan proses pengundian.


PRU15 bakal diadakan pada 19 November 2022. Jadi jom kita selongkar apa yang berlaku dari anda menerjah pintu masuk dewan sehingga keluar daripada tempat membuang undi masing-masing.

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada kerani pengundian pertama.

Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

3. Kerani pengundian pertama akan memberikan MyKad/dokumen pengenalan diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan.

Pastikan no. kad pengenalan dan nama anda diteriakkan oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.

4. Bergerak ke kerain pengundian kedua

Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua.


5. Terima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

6. Bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM)untuk meninggalkan telefon bimbit.

7. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. (Pilih satu calon sahaja)

8. Masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.

9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit

10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Selamat mengundi, undilah pilihan yang tepat.


 Kriteria Undi



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post