16 Peserta Akhir All Together Now Malaysia Musim 2 (2022)

Top Star of the week setiap minggu berentap di pentas Final Program Nyanyian hangat All Together Now Malaysia (ATNM) kembali menemui penonton di Musim Ke-2. 



Konsert All Together Now Malaysia mula bersiaran pada hari Ahad, 11 Disember 2022 pukul 9:00 malam di saluran 104 Astro Ria HD, 105 Astro Ria, strim secara On Demand dan Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.

Barisan Juri All Together Now Malaysia Musim 2


All Together Now Malaysia Musim diketuai oleh Datuk Datuk Syafinaz Selamat menggantikan Dato' AC Mizal pada musim pertama. Selaku ketua/kapten kepada 49 orang juri yang lain, beliau akan mengawal keadaan dan memilih jika ada peserta yang memperoleh markah yang sama.



Format pertandingan All Together Now Malaysia
Para peserta All Together Now Malaysia akan dinilai oleh 50 orang juri setiap minggu. Barisan juri terdiri daripada penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio, pengacara TV dan penggiat seni yang lain.

Pemarkahan hanya diberikan oleh juri sahaja. Jika semua 50 juri berpuas hati, bermakna peserta peroleh 100% markah. Akan tetapi, jika hanya separuh juri yang berminat, bermakna hanya 50% markah dan seterusnya.

Pusingan The Heat

Pada pusingan ini, peserta harus mengatasi pesaing mereka untuk mendapatkan tempat di tiga podium teratas. Setiap kali peserta mendapat markah yang tinggi daripada para juri, peserta yang berada di podium ketiga akan disingkirkan.

Dari setiap pusingan ini, cuma dua peserta yang layak beraksi di pentas akhir. Pada hujung pusingan ini, peserta yang mendapat markah tertinggi dan berada di podium pertama secara automatik layak ke pentas akhir.

Peserta yang berada di podium kedua dan ketiga akan berentap di pusingan seterusnya untuk melayakkan diri berada di kedudukan dua teratas.

Sekiranya peserta berada dikedudukan seri, keputusan hanya boleh dibuat oleh Kapten untuk memilih salah seorang peserta yang terbaik. Jika Kapten memilih peserta yang baru, maka peserta yang berada di podium akan digantikan dan begitu juga sebaliknya.

Pusingan Sing-Off

Untuk 3 peserta All Together Now Malaysia yang mendapat markah tertinggi akan berada di atas podium sepanjang program berlangsung. Mereka akan membuat persembahan sekali lagi melalui pusingan Sing-Off.

Markah akan ditetapkan semula kepada 0 dan peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga akan membuat persembahan dengan lagu pilihan peserta itu sendiri. Dalam pusingan ini hanya 2 peserta yang mendapat markah tertinggi sahaja akan melayakkan diri ke pentas akhir.

Peserta Top Star Of The Week - Minggu 1
Tahniah Raniesha dan Nadeera yang berjaya buktikan keberanian menyanyi depan juri dan mendapat markah tertinggi. Bravo girls menguasai Top 2 di pentas Minggu 1



Peserta Top Star Of The Week - Minggu 2

TOP 2! Tahniah El Coro Ensemble dan Zam Ryzam yang berjaya buktikan keberanian menyanyi depan juri dan mendapat markah tertinggi. Top 2 minggu ke-2

 

Peserta Top Star Of The Week - Minggu 3
Tahniah Dayah dan Syera yang berjaya buktikan keberanian menyanyi depan juri dan mendapat markah tertinggi. Girls power!

 

Peserta Top Star Of The Week - Minggu 4
Lazarul dan Jesper kerana berjaya tackle hati juri ATNM dan membuatkan juri berdiri dengan nyanyian cenggini Mereka mara terus ke pentas final.

 

Peserta Top Star Of The Week - Minggu 5
POV & Fanzi Ruji berjaya mara terus ke peringkat akhir. Persembahan yang penuh energy!

 

Peserta Top Star Of The Week - Minggu 6
Tahniah Mala dan Evie Feroza kerana berjaya conquer podium ATNM minggu ini. Memang sengit, kedudukan bertukar-tukar sebab semua berani tunjuk taring depan 50 juri.


Peserta Top Star Of The Week - Minggu 7
Elliza & Mazryn

Peserta Top Star Of The Week - Minggu 8

Khairul Nizam & Zazleen

Saksikan All Together Now musim ke-2, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post