10 Jenama Kasut Sekolah Putih Zaman Dulu Yang Selalu Jadi Pilihan

Yang mana korang selalu pakai? , Jom kita selongkar Jenama Kasut Legend Yang Sering Diguna Untuk ke sekolah. Asal nak masuk musim sekolah ini, ibu bapa akan mula membeli barang sekolah untuk anak-anak mereka. Dari pakaian seragam sekolah sehingga ke beg sekolah, termasuk kasut sekolah!



Part membeli kasut sekolah ni pun kadang-kadang nak memilih juga – lagi pun, siapa tak nak style kan? Kenali lah jenama kasut yang sering diguna untuk sekolah!

1. 
All America
Bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli kasut berjenama Converse, jenama All Star turut menjadi pilihan alternatif. Janji ada bintang, kan? Hehe!


 
2. North Star

North Star merupakan sebuah sub-jenama Bata, juga sebuah jenama kasut sekolah yang selalu digunakan. Tidak seperti Bata, North Star lebih kepada gaya sneakers seperti Converse. Kalau bukan All America, kemungkinan besar sneakers yang digunakan oleh pelajar adalah daripada jenama North Star.


3. Pallas Jazz
Jenama kasut ini antara jenama yang beloved oleh warga Malaysia. Selain dari kasut sekolah, Pallas Jazz juga menawarkan kasut untuk dewasa seperti sneakers dan sandals.


 
4. Warrior
Jenama Warrior ini ialah jenama pengeluaran China. Jenama kasut ini amat popular di antara pemain sepak takraw masa zaman sekolah sebab ia merupakan sebuah kasut yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. The best part is, kasut ini murah! Betul-betul value buy.



5. Line 7
Selain kasut sekolah, jenama Line 7 juga menawarkan kasut sukan yang merangkumi dari kasut bola sehingga ke running shoes. Kasut jenama Line 7 boleh di recognised dengan adanya garisan 7 dijahit kat tepi kasut.

  
6. Sparx
Sama seperti jenama North Star, Sparx merupakan sub-jenama Bata. Biasanya, ibu bapa akan membeli kasut sekolah jenama ini untuk anak-anak mereka yang baru bermula alam persekolahan. (Zaman sekolah rendah tau ada jak pakai kasut sekolah jenama tok. Hehe)

 
7. All Star (Converse)
Dulu, sesiapa yang pakai kasut sneakers jenama Converse sebagai kasut sekolah memang kena cop orang berada. Dulu laaa… Hehe.


Jenama kasut keluaran Amerika ini famous dengan kasut yang bergaya sneakers. Bukan sahaja tertakluk kepada kasut sekolah, ia juga diguna sebagai fesyen. Daripada kanak-kanak sehingga ke dewasa, Converse memang tidak dinafikan adalah sebuah jenama kasut yang popular.
 
8. Bata

Who can’t forget the classic? Jenama Bata tidak dinafikan sebuah jenama yang amat popular di antara warga Malaysia. Kemungkinan besar, anda pun pernah menggunakan jenama kasut ini pada suatu ketika dahulu pada zaman sekolah.


Untuk pengetahuan anda, jenama Bata merupakan sebuah jenama pengeluaran Eropah. Ada suatu ketika sesiapa yang menggunakan kasut Bata juga dilabel sebagai orang yang berada (macam kita dulu ‘cop’ orang guna Converse ni orang ‘ada-ada’) dan sesiapa yang memiliki kasut Bata memang akan diiri hati oleh rakan sekolah yang lain kerana mereka tidak mampu untuk membeli kasut Bata.

9. Penguin / Kasut Kung Fu
Kasut Kung Fu Bagi Mereka Yang Malas Nak Ikat Kasut

  
10. Edwin
Ada yang pernah pakai jenama ini tak dulu-dulu?


Antara semua jenama kasut di atas, yang mana dipakai korang pada zaman sekolah? Atau ada lagi jenama lain yang kami missed out? 

Komen jenama-jenama kasut yang dipakai zaman sekolah dulu dan jangan lupa untuk share!
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post