Senarai Pencalonan 8 Kategori Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) 2023

Jika bidang nyanyian ada anugerah, sama juga seperti bidang lakonan, perfileman dan sebagainya. Kali ini buat julung kalinya akan diadakan Anugerah Ikon Sukan (AIS) yang dianjurkan oleh Harian Metro khusus untuk mereka yang berada di dalam industri sukan.


Tahun 2023, AIS kali pertama diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada semua atlet, atlet paralimpik dan penggiat-penggiat sukan termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam setiap kejohanan yang disertai.

Sebanyak 8 kategori anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Ikon Sukan (AIS) 2023 dan pemenang adalah beradasarkan penilaian dan markah daripada juri profesional serta undian menerusi surat khabar Harian Metro dan secara online di www.hmetro.com.my/AIS.

Calon yang tersenarai dalam undian akhir yang mendapat jumlah markah dan undian keseluruhan paling tinggi akan dinobatakn sebagai pemenang utama iaitu bagi Anugerah Sukan Terbaik yang akan diumumkan pada malam kemuncak AIS.

Malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) 2023 akan berlangsung pada 8 Januari 2023, hari Ahad pada pukul 8.30 malam menerusi saluran TV9. Anugerah tersebut akan dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim bersama Fahrin Ahmad.
Senarai Calon Anugerah Ikon Sukan Tahun 2023
 
Berikut merupakan calon dan top 5 bagi 8 kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) Tahun 2023.

Ikon Sukan Harapan

Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin (Penembak) - PEMENANG

Ng Tze Yong (Badminton)
Hakim Danish (Permotoran)
Khiew Hoe Yean (Renang)
Arif Aiman Hanapi (Bola Sepak)



Ikon Sukan Pempengaruh

Lee Zii Jia (Badminton)
Badhri Radzi (Bola Sepak)
Hafiz Syarin (Permotoran)
Datuk Lee Chong Wei (Badminton)
Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal) - PEMENANG



Ikon Sukan Kepimpinan

Datuk Hamidin Mohd Amin (FAM) - PEMENANG
Ahmad Faedzal Md Ramli (KP ISN)
Datuk Nur Azmi Ahmad (CDM Sukan Sea Vietnam)
Datuk Abu Samah Abd Wahab (PKBM)
Stuart Ramalingam (MFL)




Ikon Sukan Persatuan/Kelab

Kelab Johor Datul Ta'zim (JDT) - PEMENANG

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF)




Ikon Sukan Jurulatih

Poad Kassim (Olahraga)
Manshahar Abdul Jalil (Olahraga)
Nafuzi Zain (Bola Sepak)
Rexy Mainaky (Badminton)
Datuk Misbun Sidek (Badminton) - PEMENANG





Ikon Sukan Paralimpik

Cheah Liek Hou (Badminton) - PEMENANG
Datuk Abdul Latif Romly (Olahraga)
Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting)
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang)
Nur Jannaton Abdul Jalil (Memanah)
 





Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru

Pearly Tan - M Thinaah (Badminton)
Tahira Najmunissa Muhammad Zaid (Dualthlon)
Nur Dhabitah Sabri (Terjun) - PEMENANG
Intan Serah Anisah Zulgafli (Futsal)
Fatin Nurfatehah Mat Salleh (Memanah)



Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru

Lee Zii Jia (Badminton)
Arif Aiman Hanapi (Bola Sepak)
Aaron Chia - Soh Wooi Yik (Badminton)
Al Jufferi Jamari (Silat) - PEMENANG
Muhammad Azeem Fahmi (Olahraga)




Calon manakah yang bakal merangkul pemenang tama iaitu Anugerah Sukan Terbaik pada malam tersebut? Sama-sama saksikan.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post