8 Kategori & Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

Anugerah Ikon Sukan 2023 Harian Metro, AIS buat julung kalinya dianjurkan oleh Harian Metro untuk memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet, paralimpik dan penggiat-penggiat industri sukan, termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam kejohanan di dalam negara dan juga antarabangsa.



Penganjuran AIS juga bertujuan untuk menyemai budaya sukan yang sihat dan berdaya saing di kalangan rakyat Malaysia.
 
Malam anugerah tersebut telah dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim bersama Fahrin Ahmad. Ianya dimeriahkan lagi dengan barisan artis dan selebriti tanah seperti Bunga, Dolla, Aina Abdul, Amir Masdi, Akim Ahmad, Atu Zero, Ropie, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Senarai Pemenang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2023

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 8 kategori yang dipertandingkan bersama kategori utama yang diumumkan pada akhir rancangan.

Anugerah Ikon Sukan Terbaik - Al Jufferi Jamari (Silat)



Anugerah Ikon Sukan Lagenda - Shalin Zulkifli (Bowling)



Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru - Al Jufferi Jamari (Silat)



Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru - Nur Dhabitah Sabri (Terjun)



Ikon Sukan Paralimpik - Cheah Liek Hou (Badminton)



Ikon Sukan Jurulatih - Datuk Misbun Sidek (Badminton)



Ikon Sukan Persatuan/Kelab - Kelab Johor Datul Ta'zim (JDT)



Ikon Sukan Kepimpinan - Datuk Hamidin Mohd Amin (FAM)



Ikon Sukan Pempengaruh - Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal)



Ikon Sukan Harapan - Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin (Penembak)


Anugerah Ikon Sukan 2023 Harian Metro atau nama singkatan #AISHM telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 8 Januari 2023 yang disiarkan menerusi saluran TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my pada jam 8.30 malam sebelum ini.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post