Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pas MyRailLife KTM, Pas Perjalanan PERCUMA Untuk Pelajar & Golongan OKU

Apakah Pas MyRailLife dan faedahnya?
Pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas – Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.


Pas MyRailLife diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain
menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Berapa lamakah tempoh penggunaan Pas MyRailLife?

15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.

Perkhidmatan manakah yang membenarkan penggunaan Pas MyRailLife?

i. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat
ii. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves)
iii. Perkhidmatan KTM Komuter sektor
Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas)

Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan Pas MyRailLife?
i. Warganegara Malaysia
ii. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
iii. Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
iv. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bagaimana dan di mana saya boleh mendapatkan Pas MyRailLife?

Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
i. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian
melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (www.ktmb.com.my)
ii. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat.
Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:
i. Mendaftar di mana-mana kaunter
tiket KTMB di laluan Lembah Klang.
Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:
i. Mendaftar Rekod Pendaftaran
Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (www.ktmb.com.my)
ii. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.

Apakah dokumen yang perlu ada bersama untuk pendaftaran Pas MyRailLife?

Pengguna-pengguna sedia ada yang telah mempunyai PNR Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui online atau kaunter):
i. No. PNR
ii. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
iii. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter):
i. MyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)
ii. Membawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife
iii. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melalui online atau kaunter):

i. No. PNR
ii. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
iii. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Adakah ibu bapa atau penjaga sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU dibenarkan mendaftar bagi pihak mereka?
Ya, dibenarkan dengan syarat membawa atau memuat naik dokumen seperti dinyatakan dalam perkara (6) ketika membuat pendaftaran.

Kenapa pendaftaran perlu dibuat untuk mendapatkan Pas MyRailLife?

Pendaftaran dan pas diperlukan oleh KTMB sebagai dokumen perjalanan yang sah dan dilindungi oleh insuran kelompok KTMB.

Adakah dikenakan bayaran bagi pengeluaran Pas MyRailLife?

Tiada bayaran yang dikenakan. 

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan Pas MyRailLife?
Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):Tiada bayaran yang dikenakan.
Perkhidmatan KTM Komuter:Tiada bayaran dikenakan untuk pengguna konsesi sedia ada.

Pemegang kad konsesi komuter link (pelajar & OKU) sedia ada boleh digunakan terus bermula 15 Februari 2023.

Pengguna Baharu & Pengguna Kad MyRail5:

i. Pengguna baharu akan mendapat kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.
ii. Pemegang kad MyRail5 juga perlu mendapatkan kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk
menambah nilai untuk mengaktifkan kad.

Bolehkah Pas MyRailLife dipindah milik?

Tidak.

Apakah syarat-syarat penggunaan Pas MyRailLife?

a) Boleh digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang tertera di Pas MyRailLife.
b) Boleh digunakan oleh penumpang yang dicatatkan pada Pas MyRailLife.
c) Boleh digunakan dalam tempoh sah laku yang dicatatkan pada Pas MyRailLife.
d) Pas MyRailLife dan MyKad/MyKid mesti dikemukakan kepada kakitangan KTMB semasa pemeriksaan.
e) Perincian syarat boleh disemak di laman sesawang KTMB.

Apakah tindakan yang bakal diambil bagi penumpang yang menyalahguna dan gagal mematuhi syarat-syarat penggunaan Pas MyRailLife untuk perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)?
a) Dikenakan surcaj (denda) RM30 beserta tambang; atau 
b) Diarahkan turun dari tren jika gagal menjelaskan bayaran.

Adakah KTMB akan mengantikan Pas MyRailLife yang hilang atau rosak?
Ya. Penumpang boleh memohon cetak semula Pas MyRailLife (membuat pengeluaran melalui kaunter) dan tidak dikenakan bayaran.

Adakah KTMB akan memberikan pemulangan bayaran atau apa-apa bayaran jika penumpang
tidak menggunakan Pas MyRailLife yang telah dibeli?
Tidak.

Adakah KTMB akan memberikan pemulangan bayaran atau apa-apa bayaran pampasan jika
penumpang tidak dapat meneruskan perjalanan disebabkan kegagalan perkhidmatan tren atau berlaku
kelewatan tren?
Tidak.

Adakah KTM Berhad berhak meminda atau memansuhkan atau menambah mana-mana terma dan syarat Pas MyRailLife tanpa sebarang notis pemakluman awal?
Ya.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai maklumat terkini Pas MyRailLife?
Sila layari www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian
03-2267 1200 atau media sosial rasmi KTMB:
i. Facebook (KTM Berhad)
ii. Twitter (@ktm_berhad)
iii. Instagram (ktmbocial)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post