Promosi Fashion Show Bulan Bintang 'Takes The Sky' Lakar Sejarah Malaysia Book Of Record

Menelan belanja anggaran 2 juta, pengasas Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi merealisasikan impiannya yang sekian lama dirancang, ingin kelainan dalam mempromosikan koleksi raya 2023. Sekali gus capai Malaysian Book Of Record!



Gimik yang cukup memukau, Bulan Bintang melakar sejarah dengan menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.






Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.


Menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif, Bulan Bintang meletakkan sasaran 1 juta unit terjual sebelum Syawal menjelang.




Acara yang cukup gemilang ini dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.


Tidak ketinggalan juga, salah satu ‘highlight of the night’ adalah di mana Bulan Bintang melakar sebuah lagi sejarah dengan menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.


Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini membawakan pelbagai kejutan dan kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus mengangkat jenama Bulan Bintang ini ke peringkat antarabangsa.


Pengasas Bulan Bintang juga menjangkakan dengan promosi yang hebat ini, koleksi ini bakal ‘sold out’ sebelum menjelang Syawal. Menyambut baik saranan kerajaan, harga setiap helaian dari koleksi raya Bulan Bintang menawarkan harga ‘rahmah’. Bagi melihat perkembangan dan update terkini anda boleh mengikuti di semua platform media sosial @bbtakesthesky dan @bulanbintanghq.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post