Senarai Premis Yang Sedia Menu Rahmah Sekitar Lembah Klang

Lokasi terkini menu Rahmah Kasih Sayang, Hidangan makan tengahari / makan malam pada harga RM5.00. Dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan menu Rahmah pada harga yang rendah RM5.00 lebih rendah daripada harga pasaran semasa.


Jadi jom kita selongkar, Senarai kedai Menu Rahmah terkini seluruh negara untuk anda nikmati. Jangan lepaskan peluang ini dan boleh menikmati bersama keluarga.
 
Chatime
Francais bubble tea popular,Chatime Malaysia menawarkan Pearl Milk Tea dan Grass Jelly Roasted Milk Tea pada harga RM 5.


Bubblebee
Cepat serbu Bubblebee RM5!! Akhirnya Shuib buat menu rahmah khas untuk peminat Bubblebee..
Dari 18 feb 23 hingga 18 mac 23




AEON BIG
AEON Big memperkenalkan Menu RAHMAH hanya RM4.95....Bermula 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯, Menu Rahmah akan di jual bermula jam 𝟭𝟮𝗽𝗺 hingga 𝟮𝗽𝗺 di seluruh cawangan AEON BiG kecuali AEON BiG Sri Petaling & Mid Valley.  



Mydin
Menu Rahmah dibawakan kepada anda setiap hari! Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat! Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.


Burger King 
Burger King ada menyediakan 2 menu untuk Menu Rahmah iaitu Chick 'N Crisp dan juga Cheesy Beef. Kedua-dua ini adalah berharga RM5.00 serta diberikan bersama air mineral Dasani. Boleh beli pergi ke mana-mana cawangan Burger King untuk dapatakan Menu Rahmah ni.



Mios Kitchen
GRILLED CHICKEN CHOP RM4.90 JE! 
Ya betul guys! Special Promo yang kami tawarkan kepada anda semua. Jom dapatkan di semua outlet Mios Kitchen yang berada di: Mios Kitchen Bandar Baru Ampang, Bandar Kinrara, S15 Shah Alam, Alami Garden S13, Presint 15 Putrajaya.
 
Valid untuk pelanggan dine in sahaja , Tiada waktu tertentu untuk promo & Tertakluk pada terma & syarat



Durian Atok, Jalan Kebun Kampung Batu 7
Setiap pek RM4.99 mengandungi campuran durian kampung dan D24. Bagi memastikan seramai mungkin orang dapat menikmati tawaran itu, beliau berkata setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua pek pada satu masa.



Restoren Ali Maju
16 cawangan Restoran Ali Maju di Lembah Klang kini menawarkan menu Rahmah untuk mengurangkan beban rakyat, menjadikannya antara kedai mamak yang turut meraikan inisiatif Menu RAHMAH.


D'Hielo Café, Shah Alam
D'Hielo Cafe terangkek Menyahut seruan kerajaan untuk menganjurkan menu rahmah buat semua pelanggan sempena lunch & Dinner. Pelbagai menu ditukar setiap hari.
 


Akan Diupdate dari semasa ke semasa....

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post