Bila tiba bulan Ramadan seluruh umat islam akan berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Tapi apakah itu yang dimaksudkan dengan Ramadan?
Apakah Maksud Ramadan?
Kata al-Imam al-Qurtubi: هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش "(Perkataan Ramadan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus." (Tafsir al-Qurtubi)
2. Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan "ramada" yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah: صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ "Solat Duha itu ketika waktu anak-anak unta naik panas" (HR Muslim)
3. Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadan ini, al-Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa seakan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia.
Kata beliau: إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة "Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh." (Tafsir al-Qurtubi)
4. Semoga Ramadan ini menjadi bulan untuk kita melipatkali-gandakan amalan kita sekaligus meleburkan dosa-dosa kita. Semoga Allah membimbing kita.
Bulan Ramadan
Bulan Ramadan biasa digelar penuh sebagai "Ramadan al-Mubarak") ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.
Puasa Ramadan
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
1. Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat.

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.
Puasa Ramadan
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi