Info Menarik Siri TV Projek : High Council - Sinopsis, Senarai Pelakon, Review

Drama bersiri terbaru Astro Originals, Projek : High Council kini trending di kalangan netizen. Rata-rata penonton cukup berpuas hati dengan plot cerita bagi drama 10 episod arahan Anwari Ashraf ini.  


Lain daripada yang lain dan cukup mendebarkan!

Drama Projek : High Council turut menjadi buah mulut warganet kerana tradisi High Council yang disebut dalam drama ini dikatakan mirip dengan tradisi salah satu sekolah berasrama penuh lelaki di negara ini.



Bukan itu saja, malah banyak adegan dalam drama ini membuatkan ramai mengimbau kembali zaman sekolah menengah suatu ketika dahulu.

Di samping itu, drama ini juga banyak ketengahkan isu sosial yang berlaku dalam masyarakat seperti toxic masculinity, kes buli dan racism.

Sinopsis Projek : High Council

Kisah bermula apabila Fakhri (Mierul Aiman) seorang pelajar pintar mendaftarkan diri di sekolah berasrama Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Di situ, dia didedahkan dengan satu tradisi di kalangan pelajar yang telah wujud selama berpuluh iaitu hierarki ‘High Council’.


Fakhri melihat tradisi ini sebagai salah guna kuasa dan tidak adil sama sekali.

Pada waktu yang sama, Fakhri juga bertemu semula dengan abangnya, Naim (Nadhir Nasar) setelah berpisah selama beberapa tahun akibat masalah keluarga.  

Sikap Fakhri yang kuat memberontak pula membuatkan dia dan rakan sebiliknya, Ayam (Naim Daniel) dan Ikhsan (Muzayyin Mahyuddin) menjadi sasaran pelajar-pelajar senior.

Ini membuatkan Fakhri nekad untuk membongkar sekaligus menghentikan tradisi High Council daripada terus membarah di KUDRAT.

Mampukah Fakhri hapuskan hierarki ini? Kalau nak tahu kesudahannya, jangan lupa untuk setia menonton drama ini sampai tamat!

Episod Akhir Project High Council

Episod terakhir siri yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.  Sesi tayangan perdana episod akhir Project High Council di TGV, KLCC memang dasyat...sesak giler katanya... jarang Drama Melayu dapat sambutan hangar macamni.


Senarai Pelakon High Council

Drama ini juga mempertaruhkan banyak bakat-bakat baharu. Jom kita semak barisan pelakon bagi Projek High Council.


PelakonWatak
Nadhir Nasar (Juara HR2020)Naim
Mierul Aiman (Juara HR2021)Fakhri
Azhar Sulaiman Firdaus Ismet
Naim Daniel (Penyanyi)Ayam / Azam
Daiyan Trisha (Pelakon)Mia
Amir Ahnaf (Finalis HR2021)Kahar
Yusof Hashim / Ucop (Selebriti Tiktok)Amer
Sazzy FalakPuan Faniza
Fazziq Muqris (Ketiga HR2021)Zahrin
Fadhli MasootHakeem
Hazeeq DeanAriz


I love the detail on their shirt "colour". Jebat merah, Tuah biru. U marah, i love u

Review
Juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman berjaya mencipta fenomena menerusi drama bersiri Projek High Council hingga namanya sering meniti di bibir peminat sejak akhir-akhir ini.

Selain lakonan yang mantap oleh hero, watak-watak sampingan lain juga berjaya dihidupkan dengan sangat baik terutama Naim Daniel dan Daiyan Trisha.


Kalau dulu TV3 ada drama Juvana, kisah suka-duka dalam asrama penuh ini juga tak kurang menarik, walaupun ia mengetengahkan isu berat melibatkan sebuah kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk membuli pelajar lain. Tema yang dekat dengan kita, tapi kita akan tetap teruja nak tahu plotnya.

Diselitkan juga konflik adik beradik dan kisah persahabatan. Gabungan pelakon familiar dan baru juga nampak berkesan.

Azhar Sulaiman juga kali ini membawa watak yang lebih segar, agak lain daripada filem dan drama yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Rata-rata memang ramai yang cakap drama ni BEST!


Waktu Tayangan
Jangan terlepas untuk menonton Projek : High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro Go bermula 14 Januari 2023 atau di saluran Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post